Ripple telah mendapat sokongan dan kini hampir mencapai rintangan dinamik, garis aliran menurun. Membuat penembusan harga yang sah melalui garis ini akan membawa kepada peluang kemasukan pesanan membeli yang besar. Pasangan mata wang XRP/USD meningkat dalam dagangan jangka pendek kerana harga Bitcoin berjaya melantun dan pulih selepas penurunan terakhir.
Secara teknikalnya, Ripple telah menunjukkan beberapa isyarat terlebih jualan (oversold), tetapi kami masih perlu menunggu isyarat kenaikan harga sebelum mengambil tindakan. Pesanan menjual adalah berisiko, oleh itu secara peribadi, saya mencari peluang kemasukan pesanan membeli.
Kejatuhan Pasangan Mata Wang XRP/USD Kelihatan Seperti Sudah Berakhir!
Ripple gagal mencapai tahap 0.5096 dan kini berada tepat di bawah garis aliran menurun. Menembusi rintangan dinamik ini benar-benar akan menandakan pertumbuhan yang kuat dalam dagangan jangka pendek. Secara teknikalnya, pasangan XRP/USD cenderung untuk turun lebih rendah jika berada di bawah garis aliran menurun segera.
Tinjauan!
Melonjak dan menutup di atas garis aliran menurun dan melepasi Pivot Point (PP) mingguan (0.6019) dilihat sebagai peluang kemasukan pesanan membeli dengan sasaran menaik pertama yang berpotensi berada pada tahap 0.7000.