Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ulasan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 18 Jun, 219. Ramalan Dagangan

parent
Analisis Forex:::2019-06-18T10:32:58

Ulasan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 18 Jun, 219. Ramalan Dagangan

Carta 4 Jam

Ulasan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 18 Jun, 219. Ramalan Dagangan

Laporan teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi - menurun.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah - menaik.

Moving Averages (20; lancar - menurun.

CCI: -68.0492

Isnin, 17 Jun, dagangan bagi pasangan mata wang EUR/USD agak tenang, ekoran tiada sebarang laporan makroekonomi penting yang dijadualkan akan dikeluarkan pada semalam. Kalender AS dan EU kosong. Pada Selasa, euro mungkin menerima impak dari laporan fundamental sekali lagi, kerana laproan mengenai indeks harga pengguna bulan Mei zon eeropah akan dikeluarkan pada hari ini. Laporan terdahulu mengenai inflasi mencatatkan kelembapan serius dalam penunjuk ini (yang, secara kebetulan, masih kekal di bawah inflasi AS) kepada 1.2%. Jika hari ini ternyata bahawa indeks harga pengguna terus mencatatkan penurunan, yakni, di bawah tahap 1.2%, maka bagi euro, ia berpotensi untuk membawa kesan yang sangat menyedihkan. Juga pada hari ini, Gabenor ECB, Mario Draghi akan memberikan ucapan dan jika Draghi menyentuh topik dasar kewangan, peniaga boleh mendapatkan sebab dan alasan baru untuk penjualan mata wang Eropah. Dari sudut pandangan teknikal, semuanya jelas dan difahami. Aliran harga bagi pasangan mata wang euro/dolar AS telah berubah kepada menurun, tetapi pada masa ini, pasangan mata wang ini sedang dalam pembetulan harga. Oleh itu, kita perlu menunggu pembetulan semasa selesai dan menyambung semula jualan. Esok, dijadualkan akan berlangsung mesyuarat Fed, di mana kumpulan peniaga yang berlainan menunggu hasil yang sama sekali berbeza. Sebahagian daripada pasaran sedang menunggu penurunan harga, pengumuman pengurangan kadar pada tahun 2019, dan komen "hawkish" dari Powell. Oleh itu, kebarangkalian peserta pasaran akan terkejut esok adalah tinggi.

Tahap Sokongan Paling Hampir:

S1 – 1.1200

S2 – 1.1169

S3 – 1.1139

Tahap Rintangan Paling Hampir:

R1 – 1.1230

R2 – 1.1261

R3 – 1.1292

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang EUR/USD memulakan pembetulan menaik. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang euro/dolar AS dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1200 dan 1.1169, tetapi selepas indikator Heiken-Ashi beralih kepada penurunan.

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli mata wang euro selepas peniaga menetapkan pasangan mata wang ini di atas garis Moving Averages (MA), yang akan mengubah aliran harga kepada menaik, dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.1292 dan 1.1322.

Sebagai tambahan kepada gambaran teknikal, adalah penting juga untuk mengambil kira data asas dan waktu data dikeluarkan.

Penjelasan ilustrasi:

Saluran regresi linear lebih tinggi - garis biru pergerakan tidak menentu.

Saluran regresi linear lebih rendah - garis ungu pergerakan tidak menentu.

CCI - garis biru dalam tetingkap regresi penunjuk.

Moving Averages (20;) adalah garis biru pada carta harga.

Tahap Murray - Jalur mendatar berwarna-warni.

Heiken Ashi adalah penunjuk berwarna biru atau ungu.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...