Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah membuat penarikan semula 61% dari gelombang menurun akhir sebagaimana lantunan harga terperangkap pada tahap 1.3779. Pada masa ini, pasaran mengukuh di sekitar tahap ini dalam keadaan terlebih belian (overbought), oleh yang demikian, penarikan semula harga ke tahap 1.3705 adalah diramalkan. Sokongan teknikal masing-masing dilihat pada tahap 1.3705 dan 1.3668. Sebarang penembusan harga pada tahap 1.3807 akan mendorong kepada pertumbuhan gelombang lain menuju ke tahap ayunan baru-baru ini yang dilihat pada 1.3910. Momentum pasaran kekal pada neutral-ke-kenaikan harga, oleh yang demikian, para pedagang dinasihatkan untuk memantau data berita yang berpotensi untuk memacu pergerakan harga ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Pivot Points (PP) Mingguan:
WR3 - 1.4060
WR2 - 1.3923
WR1 - 1.3845
Pivot Mingguan - 1.3712
WS1 - 1.3638
WS2 - 1.3495
WS3 - 1.3415
Cadangan Perdagangan:
Carta mingguan masih menunjukkan bahawa trend kenaikan harga masih utuh, namun, penurunan harga sangat hampir untuk memulakan pembetulan harga yang sebenar. Penembusan harga yang berterusan dari tahap 1.3518 akan mendorong kepada pergerakan menurun yang lebih besar berbanding penarikan semula biasa. Apabila kitaran pembetulan ditamatkan, trend kenaikan harga cenderung untuk dilanjutkan menuju ke sasaran jangka panjang berikutnya yang terletak pada tahap 1.4222 (tahap tinggi dari 24.02.2021).