Carta 4 Jam
Laporan teknikal:
Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menaik.
Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menurun.
Moving Averages (MA) (20) - mendatar.
CCI: 84.0050
Minggu lepas, pengakhiran dagangan bagi pasangan mata wang EUR/USD agak membosankan. Pada Jumaat, 12 Julai, laporan makroekonomi penting tidak dikeluarkan; tidak ada ucapan penting oleh ketua-ketua Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Dua ucapan Jerome Powell di Kongres, sudah tentu, pertama, membawa Fed lebih hampir untuk mengurangkan kadar feadah, dan kedua, menjadikan peserta pasaran lebih jelas mengenai isu ini. Walau bagaimanapun, pada masa ini, kita tidak boleh mengatakan bahawa pedagang, berkaitan dengan maklumat yang diterima, bersedia untuk menjual Dolar AS. Kami telah mengatakan lebih dari sekali bahawa meskipun terdapat kemungkinan pengurangan kadar di Amerika, namun ia masih akan kekal lebih tinggi berbanding EU atau UK. Dan memandangkan fakta bahawa ECB juga dapat mengurangkan kadar dalam masa terdekat, keseimbangan antara dasar kewangan kesatuan dan Amerika tidak boleh berubah. Oleh sebab itu, optimisme untuk aliran menaik euro tidak begitu banyak, dan pasangan mata wang ini berkemungkinan besar boleh kembali ke saluran menurun dalam masa terdekat. Pada hari dagangan pertama minggu ini, peniaga tidak mengharapkan sesuatu yang menarik, kerana kalendar peristiwa makroekonomi kosong (tiada berita ekonomi). Pasangan mata wang Euro/Dolar AS ditetapkan di atas garis Moving Averages (MA), tetapi belum dapat membangunkan kejayaannya. Dua saluran regresi linear diarahkan ke arah yang berbeza.
Tahap Sokongan Paling Hampir:
S1 – 1.1230
S2 – 1.1169
S3 – 1.1108
Tahap Rintangan Paling Hampir:
R1 – 1.1292
R2 – 1.1353
R3 – 1.1414
Cadangan dagangan:
Pasangan mata wang EUR/USD ditetapkan di atas Moving Averages (MA). Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mempertimbangkan pembelian euro sekarang dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.1292 dan 1.1353 sebelum pembalikan indikator Heiken Ashi ke arah bawah.
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli Dolar AS selepas aliran menurun mengukuh kembali di bawah garis Moving Averages (MA), yang akan mengubah harga ke arah bawah, dan sasaran berada pada tahap 1.1230 dan 1.1169.
Sebagai tambahan kepada gambaran teknikal, adalah perlu untuk mengambil kira laporan fundamental dan waktu pengumumanya:
Penjelasan ilustrasi: Saluran regresi linear lebih tinggi - pergerakan tidak jelas garis biru.
Saluran regresi linear lebih rendah - pergerakan tidak jelas garis ungu.
CCI - garis biru di tetingkap penunjuk.
Moving Averages (MA) (20;) adalah garis biru pada carta harga.
Murray level - Jalur mendatar warna-warni.
Heiken Ashi adalah indikator yang berwarna biru atau ungu.