Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah melantun dari zon penyatuan yang terletak di antara tahap 1.3874 - 1.3894, membentuk tahap tinggi tempatan pada tahap 1.3956 dan kembali diniagakan ke zon semula. Kali terakhir, rali dari tahap 1.3571 telah berakhir dengan graf lilin Pin Bar terlebih dahulu, dan kemudian diikuti dengan corak graf lilin Bearish Engulfing. Tahap rendah tempatan dibentuk pada tahap 1.3874 dan sejak daripada itu aliran menaik berusaha untuk meneruskan kenaikan menuju sasaran seterusnya yang dilihat terletak pada 1.4000. Hanya penembusan harga yang berterusan terhadap sokongan teknikal yang dilihat pada tahap 1.3822 akan mengubah prospek jangka pendek kepada penurunan harga. Peserta pasaran menunggu keputusan kadar faedah Bank of England (BoE) yang cenderung untuk mencetuskan pergerakan harga yang lebih besar.
Pivot Points (PP) Mingguan:
WR3 - 1.4257
WR2 - 1.4114
WR1 - 1.4010
Pivot Mingguan - 1.3869
WS1 - 1.3765
WS2 - 1.3628
WS3 - 1.3513
Tinjauan Perdagangan:
Carta mingguan masih menunjukkan bahawa aliran kenaikan harga masih utuh dan gelombang pembetulan telah berakhir pada tahap 1.3571. Hanya penembusan harga yang berterusan pada tahap 1.3518 g akan mencetuskan pergerakan penurunan yang lebih besar berbanding penarikan semula biasa. Aliran menaik berkemungkinan akan diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.4246 (tahap tinggi dari 24.02.2021).