Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 06 Ogos, 2019

parent
Analisis Forex:::2019-08-06T05:08:42

Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 06 Ogos, 2019

Pasangan mata wang EUR/USD

Pada Isnin, euro melonjak sebanyak 96 mata ekoran ketegangan politik yang tercetus di antara AS dan China. Sebagai tindak balas kepada perlaksanaan baru A.S., China meninggalkan produk pertanian A.S. dan menurunkan nilai yuan dalam tempoh tiga hari lepas dari 6.89 per dolar kepada 7.05 per dolar. Di samping itu, indeks aktiviti perniagaan di sektor bukan pembuatan AS pada bulan Jun menunjukkan penurunan daripada 55.1 kepada 53.7.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan euro merupakan tindak balas awal dari pasaran mengenai komplikasi keadaan perdagangan dan politik, seperti sebelum ini, pada masa akan datang Dolar AS akan menekan pertumbuhan sementara mata wang Eropah, kerana Dolar AS adalah merupakan mata wang 'safe haven'.

Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 06 Ogos, 2019

Menurut gambaran teknikal, hari ini dalam sesi dagangan Asia, euro menembusi garis MACD pada carta harian, garis keseimbangan berada pada tahap yang sama - rintangan semakin kuat. Garis isyarat Marlin Oscillator telah berpindah ke zon pertumbuhan, tetapi berbanding dengan petunjuk lain, output ini mungkin berubah menjadi palsu. Walau bagaimanapun, pengukuhan harga di atas garis MACD (di atas tahap tinggi 1.1250 pagi ini) mungkin merupakan isyarat pertumbuhan pertama kepada garis Fibonacci s76.4% pada tahap 1.1360.

Ramalan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 06 Ogos, 2019

Berdasarkan kepada carta empat jam, harga diniagakan lebih tinggi daripada garis penunjuk keseimbangan dan MACD, Marlin berada di zon terlebih belian (overbought). Dari tahap harga semasa, euro berpotensi membuat pembetulan. Harga jatuh di bawah saluran harga (1.1195) akan melemahkan impak euro yang tinggi, pengukuhan harga di bawah tahap ini akan membolehkan harga turun kepada tahap Fibonacci 110.0%, ke 1.1155, dan harga yang lebih rendah akan menyambung semula pengukuhan seklaigus melemahkan sentimen.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...