Sewaktu penulisan artikel ini, bitcoin diniagakan rendah setelah gagal meneruskan pergerakan menaik. Ia diniagakan pada tahap 45,501. Sebenarnya, ia bergerak sedikit demi sedikit dalam jangka pendek. Secara teknikalnya, ia menunjukkan beberapa isyarat terlebih belian (overbought), oleh yang demikian, penurunan harga sementara adalah wajar.
Prospek dagangan untuk bitcoin masih menaik, oleh yang demikian, pedagang tidak perlu terlalu risau. Pasangan mata wang BTC/USD cenderung untuk menurun dan menguji semula beberapa tahap sokongan sebelum melonjak lebih tinggi. Kejatuhan harga semasa dapat membantu pedagang untuk mengejar pergerakan menaik yang baru.
Bitcoin telah turun sekitar 1.82% dalam temopoh 24 jam terakhir, merosot $843.38, tetapi masih meningkat sebanyak 0.06% dalam 7 hari terakhir. Jumlah dagangan menurun 2.35% dalam 24 jam terakhir, sementara had pasarannya turun 1.87%.
Penurunan Sementara BTC/USD
Bitcoin gagal menghampiri dan mencapai garis atas saluran. Bitcoin kini mungkin turun ke arah aliran menaik. Juga, S1 mingguan (43,843.07) dilihat sebagai sasaran penurunan harga.
Ketidakupayaannya untuk stabil di atas pivot point (PP) mingguan (46,026.27) menandakan tekanan menjual yang kuat dalam jangka pendek. Momentum menurun ini hanya sementara. Kecenderungan pasangan BTC/USD masih kenaikan harga selagi bitcoin berada di atas garis aliran menaik.
Bitcoin berpotensi untuk meneruskan pertumbuhannya dalam badan saluran menaik. Corak kenaikkan harga di sekitar S1 atau dicetak pada garis aliran menaik akan menandakan permulaan baru yang lebih tinggi. Juga, kegagalann pasangan mata wang BTC/USD untuk mencapai tahap sokongan dan kembali berdagang di atas pivot point mingguan 46,026.27 mungkin menandakan kesinambungan aliran menaik.
Hanya penembusan harga yang sah di bawah garis aliran menaik yang dapat membatalkan senario kenaikan harga dan menandakan penurunan harga yang lebih rendah.e.
Tinjauan Dagangan
Pasangan mata wang BTC/USD cenderung untuk meneruskan penurunannya jika harga stabil di bawah pivot point dan jika ia membuat corak harga rendah yang lebih rendah baru untuk turun dan ditutup di bawah tahap 45,260.01. Kawasan pertemuan yang terbentuk di persimpangan antara garis aliran menaik dengan S1 mingguan (43,843.07) berpotensi untuk menarik harga.
Penembusan harga palsu dengan pemisahan yang besar, pin bar, atau corak engulfing menaik utama yang dicetak pada tahap sokongan ini akan menawarkan peluang kemasukan pesanan membeli baru.