Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Pertemuan di antara Perdana Menteri Britain dan pemimpin EU telah mendorong kepada pertumbuhan pound Britain petang semalam, sebagaimana para eniaga menjangkakan bahawa kompromi di sempadan Ireland Utara akan ditemui tidak lama lagi. Pembeli akan kembali ke pasaran hari ini selepas pembetulan menurun di kawasan tahap sokongan pertama 1.2214, di mana anda boleh mengambil pesanan membeli segera semasa lantunan semula harga. Sekiranya tidak ada pergerakan menaik dari julat harga ini, adalah lebih baik untuk menangguhkan pembelian sehingga ujian tahap minimum 1.2176, yang mana pada semalam ia adalah merupakan sempadan menaik saluran mendatar. Sasaran utama untuk aliran menaik adalah untuk mengemas kini tahap rintangan 1.2264 dan mengukuh di atas tahap tersebut, yang akan meneruskan aliran menaik ke tahap tinggi 1.2337 dan 1.2387, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:
Aliran menurun akan cuba untuk kekal berdagang pada tahap 1.2264, tetapi tugas yang lebih penting adalah untuk kembali ke pasaran dan mengukuh di bawah tahap sokongan 1.2214. Berkemungkinan besar, semasa ujian harga pertama pada julat ini, pembeli akan cuba kembali ke pasaran, namun, dengan ketiadaan permintaan dan pulangan secara beransur-ansur ke tahap 1.2214 menjelang waktu petang, penjual akan mula bertindak lebih aktif, yang akan membawa kepada penurunan pada pasangan mata wang GBP/USD ke tahap rendah 1.2176, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Untuk senario pertumbuhan pound di kawasan maksimum 1.2264, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan menjual dari sana hanya selepas pembentukan penembusan harga palsu dilihat, atau menjual semasa lantunan semula harag dari tahap 1.2337 dan 1.2387.
Isyarat Indikator:
Moving Averages
Pasangan mata wang ini berdagang di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kemungkinan kesinambungan pertumbuhan pound.
Bollinger Bands
Sekiranya mata wang pound meneruskan dagangan dalam aliran menurun, sempadan menaik pada penunjuk di kawasan 1.2290 akan menghadkan potensi kenaikkan harga. Anda boleh mengabil pesanan membeli dengan segera untuk lantunan semula harga selepas harga menguji sempadan lebih rendah penunjuk di kawasan 1.2160.
Huraian Indikator:
- MA (moving average) 50 days – Kuning
- MA (moving average) 30 days – Hijau
- MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
- Bollinger Bands 20