Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 24 September, 2019. Sekarang giliran aliran menurun untuk mempertahankan tahap 1.0997

parent
Analisis Forex:::2019-09-24T07:12:29

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 24 September, 2019. Sekarang giliran aliran menurun untuk mempertahankan tahap 1.0997

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Seperti yang saya nyatakan semalam, indeks aktiviti pembuatan yang lemah di negara-negara zon eropah akan menyebabkan euro jatuh ke tahap sokongan 1.0997, yang kini bertindak sebagai tahap rintangan. Jika hari ini laporan mengenai keyakinan perniagaan menunjukkan pertumbuhan, maka kemungkinan pembeli EUR/USD akan cuba kembali dan mengukuh di atas tahap 1.0997, yang akan mengakibatkan penembusan pada beberapa pesanan Stop Loss dan pembetulan menaik pada tahap rintangan 1.1034, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Sekiranya laporan merekodkan bacaan yang melemah, yang diramalkan oleh penganalisis, melihat kepada keadaan semasa ekonomi Jerman, aliran menaik hanya perlu bergantung pada penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.0960, dan mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli dengan segera untuk lantunan semula harga pada tahap rendah bulanan 1.0927.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Penjual Euro akan bergantung kepada laporan yang lemah mengenai keyakinan perniagaan, yang akan mengekalkan potensi penurunan pada pasangan mata wang EUR/USD, dan penembusan harga pada tahap sokongan 1.0960 hanya akan meningkatkan tekanan pada pasangan mata wang EUR/USD ini, yang akan membawa kepada kemas kini tahap rendah 1.0927, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Jika laporan merekodkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan ahli ekonomi, aliran menaik berpotensi untuk mengambil kesempatan ini dan kembali berdagang ke tahaprintangan 1.0997, dari mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual kepada pembentukan penembusan harga palsu. Menjual euro untuk lantunan semula harga adalah yang terbaik dilakukan dari tahap rintangan yang lebih besar, iaitu 1.1034.

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kelebihan untuk penjual euro.

Bollinger band

Penembusan harga pada sempadan lebih rendah penunjuk pada tahap 1.0985 akan memberikan tekanan ke atas euro, sementara penembusan harga di atas sempadan 1.1000 akan mendorong kepada kenaikan harga pada pasangan mata wang EUR/USD ini.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 24 September, 2019. Sekarang giliran aliran menurun untuk mempertahankan tahap 1.0997

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - kuning
  • MA (moving average) 30 days - hijau
  • MACD: Fast EMA 12, Slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...