Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal ETH/USD untuk 1 September, 2021

parent
Analisis Kripto:::2021-09-01T08:16:54

Analisis Teknikal ETH/USD untuk 1 September, 2021

Berita Industri Kripto:

Syarikat pembayaran gergasi Amerika Syarikat (AS), PayPal sedang mencari peluang untuk menawarkan perdagangan saham setelah melancarkan perkhidmatan dagangan mata wang kripto pada tahun lalu.

PayPal ingin membeli atau bekerjasama dengan syarikat kewangan untuk melancarkan perkhidmatan perdagangan sahamnya sendiri. Tujuan keputusan sedemikian dibuat adalah untuk bersaing dengan pesaing laon seperti aplikasi mesra mata wang kripto, Robinhood, spekulasi media AS.

Memetik sumber tanpa nama, laporan media menyatakan bahawa PayPal telah mengadakan perbincangan dengan industri yang berpotensi, tetapi tidak mungkin melancarkan perkhidmatan barunya pada tahun ini. Ia mungkin memerlukan lebih dari lapan bulan untuk PayPal berpotensi diluluskan sebagai syarikat pembrokeran oleh Lembaga Pengawalseliaan Industri Kewangan.

Sebagai sebahagian daripada rancangan yang diduga, syarikat pembayaran telah melantik broker veteran, Rich Hagen sebagai Ketua Pegawai Eksekutif untuk unit Pelaburan PayPal. Menurut data LinkedIn Hagen, pengarah akan bertanggung jawab atas "usaha PayPal untuk mencari peluang dalam industri pelaburan pengguna."

Hagen adalah pengasas bersama dan bekas CEO Ally Invest, sebuah syarikat broker terkawal yang memperoleh syarikat broker dalam talian TradeKing pada tahun 2016. Pengarah baru PayPal juga merupakan presiden TradeKing.

Pegawai PayPal mengatakan rancangan syarikat untuk memperkenalkan perkhidmatan perdagangan ekuiti sejajar dengan visi jangka panjang CEO Dan Schulman untuk mengungguli lebih banyak perkhidmatan kewangan, termasuk "peluang pelaburan". Berikutan pengumuman berita ini, saham PayPal naik 3.6%, sementara saham Robinhood HOOD turun lebih dari 6%.

Gambaran Teknikal Pasaran

Pasangan maat wang ETH/USD telah membuat kenaikan baru pada paras $ 3,544 (sewaktu penulisan analisis), oleh yang demikian, Anjakan Semula Fibonacci 61% pada carta harian telah ditembusi. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada $3,555 dan $3,594, tetapi keadaan pasaran kekal terlebih belian (overbought). Sokongan teknikal paling hampir dilihat pada paras $3,385 dan $3,337.

Pivot Point (PP) Mingguan:

WR3 - $3,712

WR2 - $3,560

WR1 - $3,379

Pivot Mingguan - $3,218

WS1 - $3,063

WS2 - $2,891

WS3 - $2,721

Tinjauan Dagangan:

Ethereum telah memulakan gelombang seterusnya dan menembusi sasaran jangka panjang pada paras AS$ 3,550. Sasaran jangka panjang yang seterusnya untuk ETH dilihat pada tparas $4,394. Walaupun begitu, untuk membolehkan kesinambungan tren kenaikan jangka panjang, harga tidak boleh menembusi di bawah sokongan teknikal $2,695. Paras 1,728 (anjakan semula Fibonacci 61% dari gelombang impulsif besar terakhir) masih merupakan sokongan teknikal jangka panjang utama untuk kenaikan harga.

Analisis Teknikal ETH/USD untuk 1 September, 2021

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...