Pasangan mata wang USD/CHF melemah sekarang kerana Indeks Dolar mempercepatkan penurunannya. Pasangan mata wang ini jatuh ketika indeks menurun. Mengejutkan atau tidak, dolar AS kini menurun walaupun indikator Amerika Syarikat (AS) telah melaporkan data yang positif.
Tuntutan Pengangguran merekodkan penurunan yang lebih besar pada minggu lalu. Indikator tersebut dilaporkan mencatatkan bacaan 340 ribu di bawah anggaran 342 ribu dan di bawah bacaan 354 ribu pada tempoh laporan sebelumnya. Juga, Imbangan dagangan turun dari -73.2B kepada -70.1B, sementara Pesanan Pengilangan meningkat 0.4% seperti yang diramalkan.
Pasangan mata wang ini memperlihatkan sedikit kenaikan pada hari ini selepas Jualan Runcit Switzerland turun secara tidak dijangka sebanyak 2.6% berbanding pertumbuhan 0.2% yang dijangkakan.
Segitiga Baru Pasangan Mata Wang USD/CHF!
Pasangan mata wang USD/CHF ini diniagakan mendatar dalam dagangan jangka pendek. Membuat penembusan harga sah melalui Upper Median Line (UML) yang gagal mencapai rintangan dinamik. Sekarang ia telah membentuk segitiga simetri pada julat yang diperluaskan. Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan meneruskan pertumbuhan penting jika ia membuat penembusan yang sah melalui Upper Median Line (UML).
Sebaliknya, penembusan menurun dari segitiga semasa dan dari julat sebenar cenderung untuk mendorong kepada 'Sell-off'.
Ramalan!
Penembusan, lonjakan, dan penstabilan harga yang sah di atas tahap 23.6% (0.9192) dilihat sebagai peluang untuk kemasukan pesanan membeli dengan sasaran berpotensu untuk aliran menaik terletak pada tahap 0.9300.