Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ GBP/USD: Pelan perdagangan untuk sesi Eropah pada 15 Oktober. Pound meningkat susulan khabar angin bahawa beberapa lawan dari perjanjian Brexit mungkin akan mengubah fikiran mereka

parent
Analisis Forex:::2019-10-15T05:47:27

GBP/USD: Pelan perdagangan untuk sesi Eropah pada 15 Oktober. Pound meningkat susulan khabar angin bahawa beberapa lawan dari perjanjian Brexit mungkin akan mengubah fikiran mereka

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Selepas membuat pembetulan menurun semalam ke kawasan sokongan utama 1.2533, yang saya berulang kali memberi perhatian dan dari mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli, pound kembali diniagakan dalam aliran menaik. Kenaikkan harga juga didorong oleh berita ekonomi bahawa beberapa ahli parti Konservatif Great Britain, terutama penentang Brexit, boleh menukar keputusan mereka jika rancangan yang dicadangkan oleh Boris Johnson mengambil kira kepentingan semua pihak. Pembeli Pound kini perlu berada di atas tahap sokongan 1.2585, dan pembentukan penembusan harga palsu akan memberikan isyarat tambahan untuk mengambil pesanan membeli. Objektif yang lebih penting untuk aliran menaik adalah penembusan harga pada tahap rintangan 1.2639, penembusan harga yang akan menawarkan pasangan mata wang GBP/USD pembelian baru, yang akan membawa harga ke tahap tinggi 1.2673 dan 1.2705, di mana saya mencadangkan pengambilan untung. Dengan pembetulan harga ke tahap 1.2585, anda juga boleh kembali ke pesanan membeli untuk lantunan semula harga dari tahap rendah 1.2533 dan 1.2480.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Mengambil pesanan menjual pound dalam keadaan semasa bukan satu keputusan yang tepat, kerana mana-mana berita mengenai Brexit boleh mencetuskan gelombang kenaikkan baru. Hanya pengukuhan harga yang gagal dan pembentukan penembusan palsu pada sebelah pagi di tahap rintangan 1.2673 akan menjadi isyarat untuk penjualan pasangan mata wang GBP/USD dengan sasaran jangka pendek menurun ke tahap sokongan 1.2585, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk pengambilan untung. Apabila melepasi tahap tinggi minggu lalu, lebih baik untuk mempertimbangkan pesanan menjual baru untuk lantunan harga dari tahap rintangan 1.2741 dan 1.2781. Sekiranya aliran menurun berjaya kembali ke sokongan 1.2585, selepas laporan di pasaran buruh UK menyaksikan penurunan, kebarangkalian pasangan mata wang GBP/USD untuk jatuh ke tahap sokongan utama semalam pada 1.2533 tidak dikecualikan.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di atas Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kemaskini aliran menaik.

Bollinger band

Sekiranya pound meneruskan dagangan dalam aliran menurun, sokongan akan diberikan oleh sempadan lebih rendah pada tahap 1.2533. Pertumbuhan akan dihadkan oleh tahap lebih tinggi pada 1.2639.

GBP/USD: Pelan perdagangan untuk sesi Eropah pada 15 Oktober. Pound meningkat susulan khabar angin bahawa beberapa lawan dari perjanjian Brexit mungkin akan mengubah fikiran mereka

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - kuning
  • MA (moving average) 30 days - hijau
  • MACD: Fast EMA 12, Slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...