Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 15 Oktober, 2019. Ramalan Perdagangan

parent
Analisis Forex:::2019-10-15T09:41:03

Gambaran Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 15 Oktober, 2019. Ramalan Perdagangan

Carta 4 Jam

Gambaran Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 15 Oktober, 2019. Ramalan Perdagangan

Laporan teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menurun.

Moving Averages (MA) (20) - menaik.

CCI: 63.4289

Pasangan mata wang EUR/USD telah diselaraskan sepanjang hari dagangan pertama minggu ini. Pembetulannya sangat lemah, dan volatiliti - rendah. Mengikut keputusan harian, adalah tidak mungkin untuk pasangan mata wang EUR/USD ini mencapai garis Moving Averages (MA), yang selama ini bergerak ke arah harga. Walau bagaimanapun, ini adalah keadaan biasa pasaran pada hari Isnin. Walaupun laporan makroekonomi (pengeluaran perindustrian di zon eropah) akan dikeluarkan, peniaga tidak mempunyai alasan untuk terus membeli euro, atau untuk meneruskan aliran menurun.

Hari ini, dari sudut gambaran fundamental, tidak akan ada apa-apa lagi yang perlu diberi perhatian lagi. Sebuah kajian dari Institut ZEW, indeks sentimen ekonomi untuk bulan Oktober, dan indeks sentimen perniagaan di Jerman akan dikeluarkan di Kesatuan Eropah. Petunjuk ini sama dengan indeks aktiviti perniagaan, yang "meramalkan" masa hadapan. Dan hanya dengan melihat angka-angka dalam tempoh sebelumnya dan ramalan untuk kedua-dua laporan ini, jelaslah bahawa tiada apa yang positif dapat dijangkakan. Kedua-dua indeks berada dalam 'zon merah'. Oleh itu, disebabkan oleh laporan makroekonomi, mata wang euro tidak akan mendapat sokongan pada hari ini.

Bagi peristiwa makroekonomi yang lain, tidak ada apa-apa yang perlu diperhatikan. Seperti yang kami nyatakan berulang kali, topik perang perdagangan diantara AS-China pastinya sangat menarik, tetapi sehingga ia tercermin dalam penunjuk ekonomi tertentu ekonomi Amerika Syarikat, ia tetap menjadi topik yang menarik. Kenyataan semalam oleh Trump mengenai kemajuan dalam rundingan dan waktu yang semakin hampir untuk menandatangani perjanjian di "fasa pertama" esok boleh digantikan oleh retorik marah dan tuduhan baru terhadap Beijing. Oleh itu, kami mencadangkan supaya tidak terlalu banyak perhatian diberikan terhadap hubungan perdagangan Beijing-Washington.

Oleh itu, dua fokus utama kekal - kadar Fed dan kadar ECB. Pada penghujung bulan ini, akan ada perombakan semula dalam Lembaga ECB, Christine Lagarde akan menjalankan tugasnya, maka kita boleh mengharapkan apa-apa perubahan dalam dasar kewangan. Namun perubahan apa yang boleh diharapkan? Mengetatkan? Hampir tidak. Satu lagi pelonggaran dasar kewagan? Ia bergantung kepada tindakan Draghi dan ahli jawatankuasa kewangan pada mesyuarat bulan Oktober. Sekiranya kadar itu diturunkan semula, maka Christine Lagarde akan mempunyai ruang yang sangat kecil untuk bergerak.

Secara umumnya, kami percaya bahawa keadaan di zon eropah kekal pada paras yang sama dan semakin buruk setiap bulan. Oleh itu, mata wang euro sekali lagi berdepan dengan kesukaran yang besar untuk melihat prospek membentuk trend menaik berbanding Dolar AS. Dari segi teknikal, pesanan membeli dilihat kekal relevan, kerana pasangan mata wang ini tetap berdagang di atas Moving Averages (MA). Walau bagaimanapun, kami tidak mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang ini dalam saiz lot yang besar.

Tahap Sokongan Paling Hampir:

S1 – 1.1017

S2 – 1.0986

S3 – 1.0956

Tahap Rintangan Paling Hampir:

R1 – 1.1047

R2 – 1.1078

R3 – 1.1108

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang Euro/Dolar AS meneruskan dagangan di atas garis Moving Averages (MA) tetapi sedang diperbetulkan pada masa ini. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk menunggu penyempurnaan pembetulan semasa dan meneruskan pembelian mata wang euro dalam saiz lot yang kecil dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.1047 dan 1.1078. Adalah disyorkan untuk membeli Dolar AS sekiranya aliran menurun menembusi MA.

Sebagai tambahan kepada gambaran teknikal, adalah perlu untuk mengambil kira laporan fundamental dan waktu pengumumanya:

Penjelasan ilustrasi:

Saluran regresi linear lebih tinggi - pergerakan tidak jelas garis biru.

Saluran regresi linear lebih rendah - pergerakan tidak jelas garis ungu.

CCI - garis biru di tetingkap penunjuk.

Moving Averages (MA) (20;) adalah garis biru pada carta harga.

Murray level - Jalur mendatar warna-warni.

Heiken Ashi adalah indikator yang berwarna biru atau ungu.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...