Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah menguji garis saluran yang lebih rendah di sekitar tahap 1.3855, walau bagaimanapun, aliran menaik masih belum kembali ke dalam saluran. Zon bekalan adalah zon utama untuk penurunan harga, oleh yang demikian, aliran menaik akan menembusi tahap lebih tinggi di atas zon bekalan, maka sasaran seterusnya berkemungkinan akan dilihat pada tahap 1.3965. Momentumnya kini positif dan keadaan pasaran belum terlebih belian (overbought), oleh itu, kenaikan harga masih berpeluang untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Senario ini sah selagi Anjakan semula Fibonacci 61% yang dilihat pada tahap 1.3711 tidak ditembusi.
Pivot Point (PP) Mingguan:
WR3 - 1.4098
WR2 - 1.3994
WR1 - 1.3935
Pivot Mingguan - 1.3824
WS1 - 1.3775
WS2 - 1.3669
WS3 - 1.3816
Tinjauan Dagangan:
Carta masa (TF) mingguan masih menunjukkan tren kenaikan harga masih kukuh dan gelombang pembetulan telah berakhir pada tahap 1.3571. Hanya penembusan harga berterusan pada tahap 1.3518 yang akan mencetuskan pergerakan menurun yang lebih besar berbanding penarikan semula biasa. Tren menaik cenderung untuk dilanjutkan menuju ke sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.4246 (tahap tinggi dari 24.02.2021).