Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 23 Oktober, 2019. Penekanan ditukar kepada keputusan Bank Pusat Eropah pada esok dan tahap sokongan 1.1116

parent
Analisis Forex:::2019-10-23T06:35:45

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 23 Oktober, 2019. Penekanan ditukar kepada keputusan Bank Pusat Eropah pada esok dan tahap sokongan 1.1116

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Euro diniagakan rendah susulan jangkaan keputusan esok oleh Bank Pusat Eropah, yang sekali lagi boleh memberi isyarat untuk melonggarkan dasar kewangan. Pada masa ini, aliran menaik sedang berusaha untuk kekal pada tahap 1.1116, walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli dari situ selepas pembentukan penembusan harga palsu dibuat. Keputusan yang lebih tepat mengenai pembelian adalah untuk mengemas kini tahap 1.1090. Tugas utama aliran menaik pada separuh pertama hari ini adalah menguji taha rintangan 1.1147, serta pengukuhan harga, yang akan menyambung semula permintaan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan membawa kepada tahap tinggi mingguan 1.1178, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk pengambilan keuntungan. Walau bagaimanapun, ketiadaan berita Brexit yang positif, hampir tidak mustahil untuk melakukan ini, kerana laporan statistik penting tidak dirancang untuk dikeluarkan pada sebelah pagi, yang akan mengekalkan volatiliti pasaran yang rendah.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Tekanan pada euro akan berterusan selagi harga diniagakan di bawah tahap rintangan 1.1147. Pembentukan penembusan harga palsu pada julat ini pada separuh pertama hari ini akan menjadi isyarat langsung untuk para pedagang mengambil pesanan menjual dengan sasaran utama penembusan dan pengukuhan harga di bawah tahap sokongan 1.1116. Sekiranya aliran menurun berjaya menembusi di bawah julat ini, pasangan mata wang EUR/USD ini berkemungkinan besar akan membatalkan beberapa pesanan Stop Loss menaik dan akan membawa EUR/USD ke tahap sokongan baru 1.1090, di mana saya mencadangkan pengambilan untung. Untuk senario kenaikkan harga di atas tahap rintangan 1.1147, yang boleh direalisasikan hanya dalam laporan Brexit yang positif, adalah lebih baik untuk kembali ke pesanan menjual hanya selepas harga mengemas kini tahap tinggi mingguan berhampiran 1.1178, atau dengan segera untuk melantun semula dari tahap rintangan 1.1226.

Signals of indicators:

Moving averages

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan pembetulan lebih rendah pada pasangan mata wang ini.

Bollinger band

Sekiranya euro meningkat pada separuh pertama hari ini, sempadan lebih tinggi pada penunjuk di kawasan 1.1147 akan bertindak sebagai tahap rintangan.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 23 Oktober, 2019. Penekanan ditukar kepada keputusan Bank Pusat Eropah pada esok dan tahap sokongan 1.1116

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - kuning
  • MA (moving average) 30 days - hijau
  • MACD: Fast EMA 12, Slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...