Gambaran Teknikal Pasaran
Pasangan mata wang EUR/USD telah membuat penarikan semula 50% pada gelombang menaik akhir, melantun dari tahap 1.1774 dan kini menguji rintangan garis arah aliran jangka pendek yang dilihat terletak pada tahap 1.1815. Sebarang penembusan harga pada garis tren ini akan membuka jalan untuk harga menuju ke sasaran seterusnya yang dilihat pada tahap 1.1830 dan 1.1857. Sokongan teknikal urusniaga harian dilihat pada tahap 1.1804. Momentum pasangan mata wang ini adalah neutral-positif dan keadaan pasaran melantun dari keadaan terlebih jualan (oversold), oleh yang demikian, aliran menaik cenderung untuk berusaha untuk menembusi dan mengukuh.
Pivot Points (PP) Mingguan:
WR3 - 1.1947
WR2 - 1.1912
WR1 - 1.1832
Pivot Mingguan - 1.1824
WS1 - 1.1765
WS2 - 1.1741
WS3 - 1.1684
Tinjauan Perdagangan:
Pasaran dikawal oleh penawaran yang mungkin mendorong harga bergerak lebih rendah ke arah sokongan teknikal utama yang terletak pada tahap 1.1599. Terdapat kebarangkalian untuk pasangan mata wang ini melantun dari tahap ini, tetapi pergerakan terakhir dari corak Falling Wedge telah gagal. Tren menaik cenderung untuk dilanjutkan menuju ke sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tahap tinggi dari 06.01.2021) hanya sekiranya senario kitaran kenaikkan harga disahkan oleh penembusan harga di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.