Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EMAS cenderung untuk bergerak ke tahap lebih rendah

parent
Analisis Forex:::2021-09-24T03:20:49

EMAS cenderung untuk bergerak ke tahap lebih rendah

Emas menjunam setelah gagal mencapai dan menguji semula tahap rintangan segera, garis menurun. Sekarang ia berada di zon sokongan. Membentuk corak harga rendah baru boleh mengaktifkan penurunan harga yang selanjutnya. Ia kelihatan mengejutkan tetapi logam kuning jatuh walaupun dolar AS telah menyusut berbanding pesaingnya.

Pasangan XAG/USD berada pada tahap 1,750.72, jauh di bawah tahap tinggi semalam, iaitu 1,787.32. Harga turun secara agresif selepas kenyataan FED yang 'hawkish'. Emas terletak jauh di wilayah penjual, oleh yang demikian, adalah terlalu awal untuk membincangkan potensi pertumbuhan harga yang kuat.

XAU/USD di bawah tekanan besar

EMAS cenderung untuk bergerak ke tahap lebih rendah

Emas gagal stabil di atas titik pivot mingguan (1,769.76) yang cenderung untuk mendorong pasangan untuk bergerak turun menuju ke arah tahap S1 (1,730.75). Namun, ia kini berada sekitar sokongan statik 1,750.74 dan di atas tahap rendah sebelumnya.

Selagi ia berada di bawah Median Line (ML) pada pitchfork menaik, Emas berkemungkinan besar akan jatuh lebih rendah. Ujian harga dan ujian semula Median Line berpotensi untuk membawa peluang penurunan harga baru. Secara teknikal, hanya penembusan harga yang sah di atas garis aliran menurun yang boleh mengumumkan pergerakan menaik yang kuat.

Ramalan EMAS!

Berdagang di atas tahap 1,750 dan lonjakan di atas garis aliran menurun dilihat sebagai peluang kemasukan pesanan membeli dengan potensi sasaran pada tahap 1,834. Sebaliknya, penurunan dan penutupan harga di bawah tahap rendah 1,742.08 mungkin akan memberikan isyarat pergerakan penurunan selanjutnya ke arah rintangan seterusnya.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...