Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Penembusan harga palsu pasangan mata wang USD/CAD melalui kawasan pertemuan, mendorong kepada penurunan harga

parent
Analisis Forex:::2021-09-27T07:02:41

Penembusan harga palsu pasangan mata wang USD/CAD melalui kawasan pertemuan, mendorong kepada penurunan harga

Pasangan mata wang USD/CAD membuat penurunan harga yang ketara dan penembusan palsu melalui kawasan pertemuan yang memberikan isyarat bahawa kenaikannya adalah terhad dan aliran menuru cnederung untuk mengawal sepenuhnya. Pasangan mata wang ini sedikit pulih, tetapi ini hanya bersifat sementara.

Dolar Kanada diniagakan dengan sangat kuat dalam jangka pendek setelah laporan penjualan runcit Kanada merekodkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan. Dalam dagangan jangka pendek, dolar AS terjejas susulan pengumuman laporan awal PMI Perkhidmatan, PMI Pembuatan, dan Tuntutan Pengangguran.

Kenyataan dari ahli FOMC sedikit sebanyak dapat mempengaruhi pasaran pada hari ini. Juga, Pesanan Barangan Tahan Lama diramalkan meningkat 0.7% pada bulan Ogos berbanding penurunan 0.1% yang direkodkan pada bulan Julai, sementara Pesanan Teras Barangan Tahan Lama mungkin encatatkan pertumbuhan 0.5% berbanding 0.8% pada tempoh pelaporan terakhir.

Data AS boleh menentukan sepanjang minggu ini. Data yang lebih baik daripada yang dijangkakan berpotensi untuk meningkatkan nilai dolar AS sementara bacaan yang buruk akan memaksanya untuk melemah. Indeks dolar berada di sekitar tahap rintangan dinamik yang menunggu momentum kenaikan harga.

Kenaikan pasangan mata wang USD/CAD tidak sah!

Penembusan harga palsu pasangan mata wang USD/CAD melalui kawasan pertemuan, mendorong kepada penurunan harga

Pasangan mata wang USD/CAD jatuh di bawah garis aliran menaik, ini adalah isyarat pertama bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan mengalami pergerakan menurun. Ia telah melantun untuk menguji semula garis yang telah ditembusi. Seperti yang dapat anda perhatikan pada carta 4 Jam (H4), pasangan mata wang ini telah membuat penembusan harga palsu melalui kawasan pertemuan yang terbentuk di persimpangan di antara garis aliran menaik dengan Median Line (ML) pada pitchfork menurun.

Penembusan harga palsu melalui kawasan pertemuan ini memberikan isyarat bahawa pasangan mata wang ini cenderung untuk bergerak ke arah yang berlawanan, sehingga penurunan selanjutnya akan segera terjadi. Namun, harga boleh bergerak dalam aliran mendatar dalam jangka pendek sebelum jatuh lebih rendah.

Ia cenderung untuk menguji dan menguji semula Median Line (ML) sebelum menentukan arah selanjutnya. Pengukuhan harga di bawah Median Line (ML) benar-benar akan menandakan penurunan harga yang lebih rendah.

Ramalan Pasangan Mata Wang USD/CAD!

Penembusan harga palsu melalui kawasan pertemuan mungkin menandakan penurunan harga yang mendadak. Corak harga rendah yang lebih rendah baru, penutupan penurunan harga di bawah tahap 1.2633 dapat mengaktifkan peluang penjualan baru dengan potensi sasaran penurunan pada Lower Median Line (LML).

Secara peribadi, saya percaya bahawa hanya sekiranya pasangan mata wang iini gagal berada di bawah Median Line (ML), iaberpotensi untuk membatalkan senario penurunan harga.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...