Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBPUSD, anda perlu:
Pound Britain terus mendapat permintaan di kalangan pembeli dan tidak turun dengan ketara selepas laporan yang baik mengenai keadaan pasaran buruh dicatatkan di Amerika Syarikat, yang sekali lagi memperkukuhkan keyakinan para pedagang bahawa Rizab Persekutuan tidak akan tergesa-gesa untuk menurunkan kadar pada akhir tahun ini. Aliran menaik berjaya mencapai tahap sokongan 1.3125 pada Jumaat dan pada ketika ini, tugas utama aliran menaik adalah untuk melindungi julat harga ini. Pembentukan penembusan harga palsu di atas tahap ini akan menjadi isyarat tambahan untuk para pedagang mengambil pesanan menjual tetapi sasaran utama akan menjadi penembusan dan pengukuhan di atas tahap rintangan 1.3167, yang akan membuka jalan untuk harga bergerak terus ke tahap tinggi 1.3227 dan 1.3265, di mana saya mencadangkan untuk pengambilan untung. Sekiranya tinjauan pendapat menunjukan kepada penurunan dalam kepimpinan Parti Konservatif UK, tekanan ke atas pound akan ditingkatkan. Dalam kes ini, lebih baik untuk mengambil pesanan membeli baru hanya selepas harga mengemas kini tahap rendah 1.3084 dan 1.3037.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBPUSD, anda perlu:
Penjual tidak tergesa-gesa untuk kembali ke pasaran dan ini dilihat selepas pergerakan menurun yang melemah pasangan mata wang GBP/USD menurut laporan keadaan pasaran buruh AS, di mana kadar pengangguran menyaksikan penurunan. Buat masa ini, aliran menurun akan terus mempertahankan rintangan pada tahap 1.3167, kerana di atas julat ini terdapat banyak pesanan Stop Loss penjual, penembusan harga pada tahap ini akan membawa pasangan mata wang ini untuk berdagang lebih tinggi lagi. Pembentukan penembusan harga palsu pada tahap 1.3167 akan menjadi isyarat untuk penjualan pound, tetapi yang terbaik adalah untuk mengambil pesanan menjual dengan segera semasa lantunan harga dari tahap tinggi 1.3227 dan 1.3265. Tugas yang lebih penting bagi penjual adalah untuk menembusi dan mengukuh di bawah sokongan pertengahan 1.3125, yang akan meningkatkan tekanan pada pasangan mata wang ini dan mendorong kepada pembetulan menurun pada tahap rendah 1.3084 dan 1.3037.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang ini diniagakan di Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan satu lagi jeda pembeli sebelum pembebasan laporan ekonomi penting.
Bollinger Bands
Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi penunjuk sekitar tahap 1.3155 yang akan membawa kepada impulsif kenaikan harga yang lebih kuat. Penembusan harga pada sempadan lebih rendah sekitar tahap 1.3116 akan meningkatkan tekanan pada pasangan mata wang ini.
Penerangan indikator
- Moving average (moving average menentukan arah aliran semasa dengan volatiliti perlahan dan pantas). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan kuning.
- Moving average (moving average menentukan arah aliran semasa dengan volatiliyi perlahan dan pantas). Tempoh 30. Grafik ditandakan hijau.
- Indikator MACD (Moving average Convergence/ Divergence - Moving average convergence/ DIvergence). Masa Cepat EMA 12. Masa perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9.
- Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.