Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Kenyataan semalam oleh Presiden ECB, Christine Lagarde mengenai topik dasar kewangan, yang akan tetap tidak berubah pada awal tahun depan, hanya memberi tekanan sementara pada mata wang Eropah. Semua penekanan telah dipindahkan ke pilihan raya parlimen di UK, yang akhirnya membawa kepada kenaikan mendadak pada pasangan mata wang EUR/USD. Pada masa ini, kenaikan harga mesti ditembusi di atas tahap rintangan 1.1198, yang hanya akan meningkatkan permintaan untuk euro dan mendorong kepada kemas kini tahap tinggi pada tahap 1.1226 dan 1.1263, di mana saya mencadangkan pengambilan keuntungan. Memandangkan ketiadaan laporan statistik penting pada separuh pertama hari ini, kita tidak boleh menolak kemungkinan pembetulan menurun ke tahap sokongan 1.1153, pembentukan penembusan harga palsu akan menjadi isyarat untuk mengambil pesanan membeli untuk kesinambungan pertumbuhan harga. Jika tidak, adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD untuk lantunan harga dari tahap rendah 1.1111.
Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Aliran menurun menunggu pengukuhan harga yang tidak berjaya di atas tahap rintangan 1.1198, yang akan menjadi isyarat pertama untuk mmengambil pesanan menjual. Tugas yang lebih penting adalah penarikan semula dan penembusan harga pada tahap sokongan 1.1153, yang akan membawa kepada pembetulan penurunan euro ke tahap rendah 1.1111, di mana saya mencadangkan pengambilan keuntungan. Walau bagaimanapun, anda boleh mengira pergerakan itu hanya selepas pengumuman laporan yang baik mengenai penjualan runcit AS. Untuk senario pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD di atas tahap rintangan 1.1198 pada sebelah pagi, lebih baik kembali ke pesanan menjual hanya selepas mengemas tahap tinggi 1.1226, atau mengambil pesanan menjual dengan segera untuk lantunan harga dari tahap rintangan yang lebih besar pada 1.1263.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang EURUSD ini diniagakan di atas Moving averages (MA) 30 dan 50, yang meneruskan kenaikkan harga pada euro.
Bollinger band
Penembusan harga pada sempadan menaik penunjuk, yang bertepatan dengan tahap rintangan 1.1198, akan membawa kepada gelombang pertumbuhan baru. Pembetulan penurunan harga akan dihalang oleh sempadan menurun pada penunjuk di kawasan 1.1090.
Penerangan indikator
- Moving average (moving average menentukan arah aliran semasa dengan volatiliti perlahan dan pantas). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan kuning.
- Moving average (moving average menentukan arah aliran semasa dengan volatiliyi perlahan dan pantas). Tempoh 30. Grafik ditandakan hijau.
- Indikator MACD (Moving average Convergence/ Divergence - Moving average convergence/ DIvergence). Masa Cepat EMA 12. Masa perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9.
- Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.