Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Isyarat dagangan DOW JONES, #INDU, untuk 5 - 6 Oktober, 2021: Tahap utama 34,000 (SMA 21- 3/8)

parent
Analisis Forex:::2021-10-05T06:59:43

Isyarat dagangan DOW JONES, #INDU, untuk 5 - 6 Oktober, 2021: Tahap utama 34,000 (SMA 21- 3/8)

Isyarat dagangan DOW JONES, #INDU, untuk 5 - 6 Oktober, 2021: Tahap utama 34,000 (SMA 21- 3/8)

Dalam sesi dagangan Eropah, Indeks Perindustrian Dow Jones 30 (#INDU) diniagakan di bawah SMA 21 dan di bawah EMA 200. Kecenderungan pasaran adalah penurunan harga dan harga berpotensi untuk melanjutkan penurunan di bawah 34,000.

Pada 1 Oktober, Dow Jones mencapai bahagian dasar saluran aliran menurun utama di zon 33,381. Dari sudut ini, ia telah pulih. Ia naik lebih dari 900 pip dalam tempoh satu hari dan kenaikan ini telah dihentikan oleh rintangan 4/8 murray.

Momentum kenaikkan harga gagal untuk mewujudkan pengukuhan harga di atas 34,3750 kerana garis murray 4/8 terletak pada tahap ini bertindak sebagai penghalang yang sangat kuat bagi Dow Jones. Pergerakan menaik di atas SMA 21 akan menjadi titik kemasukan pesanan membeli yang baik.

Pengukuhan dan penembusan harga di atas 34,600 akan mengesahkan bahawa aliran menaik akan bersiap sedia untuk turutan kenaikkan harga baru yang mungkin mendorong harga bergerak ke tahap 35,500.

Sebaliknya, pengukuhan harga di bawah 2/8 murray yang terletak pada 33,593 akan membatalkan pantulan teknikal dan akan memberikan isyarat permulaan aliran menurun. Oleh itu, kita mesti memerhatikan kedua-dua tahap ini. Tahap utama terletak pada 34,000. Di atas tahap ini, diramalkan bahawa akan ada isyarat kenaikan harga dan di bawahnya adalah isyarat untuk penurunan harga.

Indikator 'Eagle' menunjukkan isyarat pasaran terikat jarak jauh. Pada 27 September dan pada 1 Oktober, indikator menyentuh tahap terlebih belian (overbought) ekstrem di sekitar 95. Kini Moving Average (MA) 'Eagle' berada di bawah tahap ini yang menyokong optimisme pasaran dan dapat menghidupkan semula pergerakan kenaikan harga.

Strategi kami adalah membuka pesanan membeli di atas 34,000 (3/8) dengan sasaran ditetapkan pada 200 EMA sekitar 34,602. Sebagai alternatif, jika indeks kekal diniagakan di bawah SMA 21 atau tahap semasa, kita harus membuka pesanan menjual sekitar 33,975 dengan sasaran ditetapkan pada 33,593 (2/8).

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 05 - 06 Oktober 2021

Rintangan (3) 34,561

Rintangan (2) 34,172

Rintangan (1) 33,948

----------------------------

Sokongan (1) 33,607

Sokongan (2) 33,413

Sokongan (3) 33,336

***********************************************************

Tip dagangan DOW JONES untuk 05 - 06 Oktober 2021

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas tahap 34,007 (SMA 21) dengan menetapkan pesanan Take Profit masing-masing pada tahap 34,375 dan 34,602 (EMA 200), sementara pesanan Stop Loss di bawah 33,930.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...