Gambaran teknikal:
Pasangan mata wang EURUSD meneruskan kenaikan melalui tahap 1.1660 pada dagangan Isnin sebelum ia menemui rintangan. Pasangan mata wang ini dilihat sedang membuat penarikan semula buat masa ini dan telah merosot di bawah tahap 1.1600 sewaktu penulisan artikel. EURO perlu berada di atas tahap 1.1562 untuk mengekalkan struktur kenaikan harga di atas. Aliran menaik cenderung untuk terus mendominasi pasaran dan mendorong pasangan mata wang EUR/USD bergerak menuju ke arah tahap 1.1750 dalam waktu terdekat.
Pasangan mata wang EURUSD kini berusaha untuk melonjak di atas tahap harga antara 1.1560 dan 1.1640. Sokongan harga segera dilihat sekitar 1.1560, sementara rintangan berada pada tahap 1.1750, diikuti oleh tahap 1.1850. Penolakan melalui tahap 1.1640 akan mendorong prospek kenaikan harga yang lebih tinggi dan melonjak naik menuju ke arah tahap rintangan 1.1750.
Sila perhatikan juga bahawa kenaikan fibonacci 0.618 dari kenaikan baru-baru ini di antara tahap 1.1560 dan 1.1640 telah dilihat sekitar 1.1590 (yang tidak ditunjukkan pada carta harian). Kebarangkalian tinggi kekal untuk kenaikan harga sekiranya harga mencapai zon 1.1585-90. Sekiranya struktur di atas berlaku dengan tepat, pergerakan harga seterusnya yang lebih tinggi haruslah mensasarkan ke arah tahap 1.1750.
Pelan dagangan:
Zon pembelian yang berpotensi terletak di sekitar tahap 1.1590 pada hari ini.
Semoga berjaya!