Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 6 Januari. Laporan Perkhidmatan UK yang lemah boleh menjadi masalah besar untuk mata wang Pound

parent
Analisis Forex:::2020-01-06T06:30:11

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 6 Januari. Laporan Perkhidmatan UK yang lemah boleh menjadi masalah besar untuk mata wang Pound

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Tekanan ke atas mata wang pound kekal pada Jumaat, tetapi aliran menaik melakukan yang terbaik apabila ia berjaya mendapatkan semula kedudukan di pasaran. Hari ini, kenaikkan harga boleh didorong oleh laporan mengenai sektor perkhidmatan UK, yang akan menetapkan arah pasaran pada awal minggu ini. Sekiranya ia merekodkan bacaan yang baik, penembusan had atas 1.3108 akan mengukuhkan permintaan untuk Pound, yang akan membawa kepada kemas kini tahap tinggi 1.3154 dan 1.3195, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Untuk senario penurunan harga selepas pengumuman laporan ekonomi, pembentukan penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.3064 juga akan menjadi isyarat untuk kemasukan pesanan membeli. Jika tidak, adalah lebih baik untuk mengambil pesanan membeli hanya selepas pembentukan penembusan harga palsu pada tahap rendah 1.3018, atau dengan segera untuk pemulihan harga dari tahap sokongan 1.2966.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Aliran menurun akan menunggu laporan mengenai sektor perkhidmatan, dan jika ternyata ia mencatatkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan ahli ekonomi, penembusan harga pada sempadan lebih rendah segitiga, yang menunjukkan kesinambungan aliran menurun semasa, serta penembusan harga pada tahap sokongan 1.3064, semua ini akan membawa kepada kemerosotan GBP/USD ke tahap rendah 1.3018 dan 1.2966, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan. Percubaan yang tidak berjaya oleh aliran menaik untuk kembali ke tahap rintangan 1.3108 juga akan menjadi isyarat untuk para pedagang mengambil pesanan menjual. Jika pasangan mata wang ini meningkat di atas julat ini, anda boleh menjual pada lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.3154, atau selepas mengemas kini tahap rintangan 1.3195.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagkan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan bahawa tekanan akan kekal dalam dagangan jangka pendek.

Bollinger band

Penembusan harga pada sempadan lebih rendah indikator 1.3064 akan meningkatkan tekanan ke atas mata wang Pound. Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi di kawasan 1.3105 boleh menyebabkan pertumbuhan harga yang lebih tinggi.

GBP/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 6 Januari. Laporan Perkhidmatan UK yang lemah boleh menjadi masalah besar untuk mata wang Pound

Penerangan penunjuk

  • Purata bergerak (MA) (purata bergerak menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan tahap volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan garisan kuning.
  • Purata bergerak (MA) (purata bergerak menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan tahap volatiliti dan noise). Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan garisan hijau.
  • Penunjuk MACD (Purata Bergerak (MA) Penumpuan / Perbezaan - purata bergerak penumpuan / perbezaan) Tempoh 12 EMA Pantas. Tempoh 26 EMA Perlahan. Tempoh 9 SMA
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...