Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pasangan mata wang USD/JPY cenderung untuk melonjak naik lebih tinggi

parent
Analisis Forex:::2021-10-27T06:30:16

Pasangan mata wang USD/JPY cenderung untuk melonjak naik lebih tinggi

Pasangan mata wang USD/JPY diniagakan kukuh sebagaimana indeks dolar AS telah berjaya melonjak lebih tinggi selepas memadamkan '"sell-off" hari ini. Pasangan mata wang ini mengekalkan kecenderungan kenaikan harga kerana ia terletak dalam corak saluran menaik.

Kesinambungan aliran menaik DXY cenderung untuk mendorong pertumbuhan harga menuju ke arah tahap tinggi baru. Secara teknikalnya, tindakan harga menandakan kesinambungan aliran menaik selepas ia mencapai tahap rintangan serta-merta. Pada asasnya, dolar AS menerima sokongan dari laporan Keyakinan Pengguna CB yang mencatatkan bacaan pada 113.8, mengatasi ramalan yang mengunjurkan bacaan 108.4. Selain itu, Penjualan Rumah Baru dan Indeks Pembuatan Richmond juga telah mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding ramlan

Sementara itu, laporan ekonomi Jepun bercampur-campur. IHP Teras BOJ meningkat sebanyak 0.6% berbanding 0.3%, manakala SPPI hanya mencatatkan pertumbuhan 0.9% walaupun dagangan telah menjangkakan pertumbuhan kepada 1.1%.

Pertumbuhan harga pada pasangan mata wang USD/JPY masih kuat!

Pasangan mata wang USD/JPY cenderung untuk melonjak naik lebih tinggi

Pasangan mata wang USD/JPY diniagakan dalam corak saluran menaik, di atas garis trend menaik. Oleh yag demikian, kecenderungan pasaran adalah aliran menaik. Ia telah melonjak di atas garis aliran menurun sekaligus menandakan kesinambungan menaik. Kini, ia telah mencapai R1 mingguan (114.30) di mana ia telah menemui rintangan sementara.

Penurunan sementara boleh membantu kami mencari peluang kemasukan pesabab membeli baru dari sekitar pivot mingguan dan jika ia menguji semula garis aliran menaik.

Ramalan dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY!

Penstabilan harga di atas R1 mingguan (114.30) boleh dilihat sebagai peluang kenaikan harga baru. Kesinambungan aliran menaik berpotensi untuk dibatalkan hanya oleh penembusan harga yang sah di bawah garis aliran menaik.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...