Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ GBP/USD: Huraian Indikator: Pelan Perdagangan Sesi Eropah pada 20 Februari. Pound berpotensi untuk meneruskan penurunan harga selepas segitiga ditembusi. Kenaikkan harga akan bergantung kepada keputusan laporan fundamental.

parent
Analisis Forex:::2020-02-20T07:13:50

GBP/USD: Huraian Indikator: Pelan Perdagangan Sesi Eropah pada 20 Februari. Pound berpotensi untuk meneruskan penurunan harga selepas segitiga ditembusi. Kenaikkan harga akan bergantung kepada keputusan laporan fundamental.

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Pembeli pound hari ini bergantung kepada laporan fundamental mengenai jumlah dagangan runcit di UK, berdasarkan jadual, mereka tidak mempunyai harapan lagi. Hanya laporan yang baik akan mengembalikan pasangan mata wang GBP/USD ke tahap rintangan 1.2928, yang akan menjadi isyarat untuk mengambil pesanan membeli dalam jangkaan kenaikan dan kemas kini tahap rintangan 1.2967, di mana Moving Averages (MA) juga menaik. Walau bagaimanapun, saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan hanya selepas harga menguji tahap tinggi 1.3010. Pembentukan penembusan harga palsu pada tahap sokongan 1.2895 selepas pengumuman laporan itu juga akan menjadi isyarat untuk mengambil pesanan membeli. Dalam senario lain, sekiranya pound jatuh lebih jauh, anda boleh bergantung pada lantunan semula harga dari tahap sokongan 1.2870, namun, pesanan membeli lebih baik diambil selepas harga menguji tahap rendah 1.2830.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Aliran menurun berjaya menembusi sempadan lebih rendah pada corak segitiga semalam, dimana saya berulang kali memberi perhatian dan harga dengan segera mengembalikan pound ke tahap sokongan 1.2967, yang menyebabkan pembatalan pesanan Stop pembeli dan kejatuhan mendadak pasangan mata wang. Pada masa ini, tugas penting bagi penjual ialah membentuk penembusan harga palsu pada tahap rintangan 1.2928, yang akan menjadi isyarat pertama kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual, dan menembusi tahap sokongan 1.2895, yang boleh berlaku selepas laporan jualan runcit UK merekodkan bacaan lemah, yang akan menolak pound ke tahap rendah 1.2870 dan 1.2830, di mana saya mencadangkan pengambilan keuntungan. Sekiranya aliran menaik berjaya menembusi tahap rintangan 1.2928 pada sebelah pagi, maka pesanan menjual baru disyorkan selepas harga menguji tahap tinggi 1.2967, di mana Moving Averages (MA) juga terletak.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 5, yang menunjukkan kecenderungan terhadap kesinambungan penurunan Pound.

Bollinger bands

Pound akan disokong oleh sempadan lebih rendah pada indikator 1.2880, manakala pertumbuhan akan dihadkan oleh tahap lebih tinggi pada 1.2980.

GBP/USD: Huraian Indikator: Pelan Perdagangan Sesi Eropah pada 20 Februari. Pound berpotensi untuk meneruskan penurunan harga selepas segitiga ditembusi. Kenaikkan harga akan bergantung kepada keputusan laporan fundamental.

Huraian Indikator:

  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning. Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau.
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).
  • Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9.
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...