Tinjauan teknikal:
Bitcoin mengimbangi semula pembetulan penurunannya dari paras tinggi $67000, seperti yang dibincangkan sebelum ini dan selaras dengan jangkaan. Mata wang kripto didagangkan sekitar paras $58900 sewaktu penulisan artikel ini dan ia sepatutnya mendapat sokongan sekitar paras $56200. Seperti yang ditunjukkan pada carta harian, anjakan semula Fibonacci 0.382 pada ayunan menaik semasa antara paras $40000 dan $67000 melepasi paras $56200.
Penembusan harga di bawah paras $56000, akan membuka pintu untuk bitcoin menguji paras $53000 dan $50000 dalam beberapa sesi dagangan seterusnya apabila pembetulan harga menjadi semakin dalam. Sila ambil perhatian bahawa sokongan kuat dilihat berada sekitar paras $50000, iaitu anjakan semula Fibonacci 0.618 dan juga zon sokongan saluran. Kebarangkalian tinggi kekal untuk aliran menaik yang akan kembali mendominasi pasaran sekiranya Bitcin jatuh ke paras $50000.
Pedagang yang agresif mungkin akan kekal menjual buat masa ini seperti yang dicadangkan pada hari Selasa, dengan risiko yang ketat pada $67000 tinggi. Sokongan harga yang kukuh dilihat melalui paras $40000, diikuti oleh $28600 pada carta harian. Hanya penembusan harga di bawah paras $40000 dan garis sokongan saluran akan mengubah arah aliran kepada menurun dan mensasarkan pergerakan di bawah paras $28600.
Pelan dagangan:
Potensi penurunan kepada $56000 berbanding tahap $67000.
Semoga berjaya!