Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 27 Oktober 2021

parent
Analisis Forex:::2021-10-28T08:10:16

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 27 Oktober 2021

Gambaran Teknikal Pasaran

Pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai tahap rendah tempatan baru pada 1.1584 dan meneruskan pergerakan menurun. Walaupun keadaan pasaran kini oversold (terlebih jualan), momentum dilihat di bawah tahap lima puluh, jadi tekanan menurun semakin kuat dan penurunan harga mungkin menguji sokongan teknikal yang terletak pada tahap 1.1572 tidak lama lagi. Pendorong kepada pergerakan harga yang lebih besar pada mana-mana arah ialah keputusan kadar faedah ECB yang dijadualkan akan dikeluarkan pada jam 13:45 hari ini. Hanya penembusan harga berterusan di atas zon bekalan yang terletak di antara tahap 1.1665 - 1.1655 akan mengubah tinjauan kepada aliran menaik, namun setakat ini tidak berjaya.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - 1.1784

WR2 - 1.1726

WR1 - 1.1691

Pivot Mingguan - 1.1630

WS1 - 1.1593

WS2 - 1.1532

WS3 - 1.1494

Tinjauan Dagangan:

Pasaran dikawal oleh penurunan harga yang menolak harga ke arah tahap 1.1562, iaitu tahap terendah sejak bulan November 2020. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1497. Aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tinggi dari 06.01.2021) hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 27 Oktober 2021

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...