Untuk mengambil pesanan pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Mata wang Eropah diniagakan lemah berikutan permintaan mendadak bagi aset 'safe haven', yang membawa kepada ujian harga pada tahap rendah 1.0805, yang mana telah fokuskan dalam analisis ramalan saya semalam. Keputusan Bank Pusat Eropah untuk memperluaskan program pembelian bonnya kepada 750 bilion euro telah menyokong mata wang tunggal pada penghujung hari dan aliran menaik kini memerlukan tindakan yang lebih aktif untuk meneruskan pembetulan menaik. Pertama sekali, adalah lebih baik untuk membuka pesanan membeli selepas harga bergerak ke tahap sokongan 1.0860, dengan syarat penembusan harga palsu dibentuk pada tahap tersebut. Mengambil pesanan membeli euro dengan segera semasa lantunan semula harga, dengan menetapkan pesanan Stop Loss di bawah tahap rendah semalam, anda boleh membeli dari tahap 1.0822, di mana aliran menaik diramalkan akan cuba membentuk sempadan lebih rendah pada saluran baru yang lebih tinggi. Sasaran yang sama pentingnya untuk pesanan membeli adalah penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.0909, yang akan mendorong kepada kenaikan mendadak ke tahap tinggi 1.0975, di mana pesanan menjual lain diperhatikan semalam, serta, berkemungkinan besar, untuk menguji tahap rintangan 1.1041, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mengambil keuntungan.
Untuk mengambil pesanan pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:
Penurunan harga tidak perlu bimbang lagi. Pembetulan kecil selepas penurunan ketara euro selama dua hari berlaku dengan sendirinya. Pada masa ini, tugas awal adalah untuk membentuk penembusan harga palsu pada tahap rintanagn 1.0909, yang akan menjadi isyarat kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual dalam jangkaan penurunan harga berulang dan kemas kini tahap rendah 1.0860 dan 1.0822, di mana saya mencadangkan pengambilan keuntungan, kerana pembeli euro mungkin aktif dalam julat ini. Jika tiada lonjakan harga pada tahap 1.0822, pasangan mata wang EUR/USD ini berkemungkinan besar akan terus jatuh ke tahap 1.0780 dan 1.0740. Ketiadaan laporan statistik penting berpotensi untuk mendorong kepada pembetulan menaik. Dalam kes ini, adalah lebih baik untuk kembali ke pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD pada lantunan semula harga dari tahap tinggi 1.0975, atau lebih tinggi di kawasan rintangan utama 1.1041.
Isyarat Indikator:
Moving averages
Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang mengekalkan kecenderungan kesinambungan penurunan harga pada pasangan mata wang ini.
Bollinger Bands
Sekiranya euro diniagakan lemah, sempadan lebih rendah indikator sekitar tahap 1.0820 akan menawarkan sokongan, sementara pertumbuhan mungkin dihadkan oleh tahap lebih tinggi indikator di kawasan 1.1000.
Huraian Indikator:
- Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 50.Grafik ditandakan dengan warna kuning.
- Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30. Grafik ditandakan dengan warna hijau.
- Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
- Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20.