Peristiwa pada dua minggu yang lalu jelas menunjukkan bahawa para pelabur tidak bersedia untuk memasuki pasaran sepenuhnya untuk saham syarikat yang lebih murah susulan penularan wabak coronavirus. Dinamik ini juga disahkan sepenuhnya oleh tingkah laku mata wang Dolar AS.
Minggu lalu, sikap pelabur yang positif terhadap pembelian saham syarikat telah dicatatkan di pasaran. Pada gelombang ini, bon kerajaan dari negara-negara dengan ekonomi yang kuat dijual, permintaan untuk mata wang selamat seperti yen dan franc Swiss, menurun, dan Dolar AS menurun dengan ketara berbanding mata wang utama yang lain. Faktor yang mendorong kepada penurunan haga adalah pengumuman yang dibuat oleh Fed, Perbendaharaan AS, dan Bank Pusat global utama lain untuk langkah-langkah insentif yang luas. Tetapi minggu ini, mood berubah 180 darjah, melawan laporan statistik ekonomi pertama yang dikeluarkan mengenai coronavirus dahulu. Mereka ternyata sangat negatif untuk Eropah dan Amerika, walaupun sebaliknya, angka dari China optimis.
Mengapa pasaran bertindak seperti itu? Ini disebabkan oleh jangkaan yang munasabah sehingga permintaan di Eropah dan Amerika Utara pulih, dan negara-negara ini adalah merupakan pengguna utama produk China, pengeluaran aktif di RRC akan terhenti kerana tiada siapa yang membeli produknya. Oleh itu, pasaran berhenti bertindak balas minggu lalu, sekaligus melemahkan mata wang Dolar AS.
Pada pendapat kami, keadaan ini akan berterusan sehingga jangkitan koronavirus di kawasan ini mencatatkan bacaan yang stabil. Dalam pada itu, pelabur akan mengambil langkah berhati-hati. Kami percaya bahawa saham syarikat akan dibeli pada penurunan tempatan, tetapi volum akan kekal rendah. Dolar AS juga akan berpindah secara berpasangan dengan mata wang utama dalam aliran "mendatar", dengan ketakutan untuk mnembusi tahap tinggi atau rendah.
Seluruh perhatian peserta pasaran akan beralih kepada pengumuman laporang pekerjaan Amerika Syarikat yang dijadualkan akan dikeluarkan pada Jumaat, dan hari ini fokus akan tertumpu kepada laporan permohonan untuk faedah pengangguran. Sehubungan ini, permohonan faedah dijangka meningkat sebanyak 3.5 juta daripada nilai sebelumnya sebanyak 3.283 juta.
Setakat ini, niaga hadapan indeks saham telah menunjukkan dinamik positif sebelum pembukaan perdagangan di Eropah. Kami percaya bahawa ia adalah 'strip-wagon'. Kejatuhan dan kenaikkan akan berterusan. Mengenai gelombang tingkah laku pasaran, dapat diandaikan bahawa mata wang Amerika mungkin akan mengalami tekanan terhadap mata wang utama.
Ramalan hari ini:
Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagaakn di bawah tahap 1.0970. Prospek positif di lantai perdagangan dengan pembukaan sesi Eropah mungkin menjadi sebab pertumbuhan pasangan mata wang yang terhad. Peningkatan di atas tahap 1.0970 akan mendorong kenaikan harga ke tahap 1.1035.
Pasangan mata wang USD/CAD secara perlahan-lahan turun di tengah-tengah pertumbuhan harga minyak yang kukuh, yang menambah lebih daripada 10%. Pemeliharaan dinamika sedemikian berikutan pembukaan positif Eropah boleh menyebabkan kemerosotan berterusan pada pasangan mata wang ini, menuju ke tahap 1.4000 pada awalnya, dan kemudian diikuti ke tahap 1.3920.

