Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Emas menarik lebih ramai pembeli

parent
Analisis Forex:::2021-11-17T09:46:27

Emas menarik lebih ramai pembeli

Emas menjunam dalam dagangan jangka pendek dan kini berdagang pada tahap 1,856.64, jauh di bawah tahap tinggi semalam, 1,877.14. Namun, penarikan semula harga ini mungkin hanya bersifat sementara. Logam kuning boleh mula naik semula jika Indeks Dolar turun lebih rendah selepas rali yang mengagumkan.

Pasangan XAU/USD menjunam selepas laporan Jualan Runcit Amerika Syarikat mencatatkan pertumbuhan 1.7% pada Oktober berbanding ramalan yang mengunjurkan bacaan 1.3%, manakala Jualan Runcit Teras melaporkan pertumbuhan 1.7% berbanding ramalan 1.0%. Selain itu, Pengeluaran Perindustrian dan Kadar Penggunaan Kapasiti merekodkan bacaan yang lebih baik daripada yang dijangkakan.

Terdahulu, data inflasi UK mencatatkan bacaan yang lebih tinggi daripada jangkaan. Seperti yang kita sedia maklum, Emas digunakan sebagai pelindung nilai terhadap inflasi. Kemudian, Kanada juga dijadualkan akan mengeluarkan laporan inflasinya.

'Sell Off' Sementara Pasangan Mata Wang XAU/USD!

Emas menarik lebih ramai pembeli

Pasangan XAU/USD menyaksikan kenaikan harga sewaktu penulisan artikel setelah ia gagal mencapai tahap pivot mingguan 1,848.78. Secara teknikalnya, ia telah mendapat sokongan pada garis bawah segi tiga dan kini sedang berusaha keras untuk kembali diniagakan lebih tinggi.

Pendek kata, Emas berkemungkinan besar akan diniagakan secara mendatar dan berusaha untuk mengumpul lebih banyak momentum kenaikkan harga sebelum ia melonjak lebih tinggi. Kembali berdagang di atas halangan menaik 1,868.62 dan menstabil di atas tahap ini boleh menandakan kesinambungan trend menaik.

Tinjauan Emas!

Emas kelihatan masih cenderung meneruskan pergerakan menaik selagi ia kekal berdagang di atas tahap pivot 1,848.78 dan di atas tahap rendah 1,841.57. Untuk dagangan jangka pendek, harga berkemungkinan akan bergerak dalam trend mendatar cuba mengumpul lebih banyak tenaga kenaikkan harga dan menarik lebih ramai pembeli.

Pengukuhan harga yang kecil di sekitar tahap semasa boleh membawa peluang kemasukan pesanan membeli baharu dengan sasaran berpotensi terletak pada tahap psikologi 1,900.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...