Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ EUR/USD dan USD/CAD: Euro dan pound akan terus menurun. Bank of Canada memulakan pembelian bon.

parent
Analisis Forex:::2020-04-16T11:25:55

EUR/USD dan USD/CAD: Euro dan pound akan terus menurun. Bank of Canada memulakan pembelian bon.

Dolar AS diniagakan naik selepas laporan penjualan runcit dan pengeluaran perindustrian di AS menyaksikan penurunan mendadak. Namun, pada sebelah petang, mata wang itu merosot, setelah Presiden AS Donald Trump dilaporkan akan terus mengkoordinasikan langkah-langkah yang diperlukan untuk membuka semula ekonomi.

Semalam, Trump bercakap dengan eksekutif syarikat mengenai topik menyambung semula pekerjaan dan perniagaan, kerana perintah kuarantin telah mempengaruhi ekonomi secara negatif. Perincian perbualan lain tidak dilaporkan. Namun, pada awal minggu ini, Trump mengumumkan bahawa beliau mahu membuka kembali ekonomi pada bulan Mei tahun ini, walaupun terdapat lanjutan perintah kuarantin dan kenaikkan kes COVID-19 di AS.

 EUR/USD dan USD/CAD: Euro dan pound akan terus menurun. Bank of Canada memulakan pembelian bon.

Euro juga diniagakan tinggi susulan pengumuman Canselor Angela Merkel bahawa Jerman akan membuka semula operasi ekonominya pada Isnin, 20 April. Walau bagaimanapun, upacara besar masih dilarang sehingga 31 Ogos.

Arahan perintah kuarantin telah menyebabkan penurunan mendadak dalam laporan penjualan runcit. Menurut Jabatan Tenaga Kerja AS, Amerika secara drastik mengurangkan perbelanjaan mereka kerana wabak coronavirus dan krisis dan kemelesetan yang akan datang. Oleh itu, penjualan turun dengan segera sebanyak 8.7% pada bulan Mac. Ahli ekonomi menjangkakan ia akan menurun sebanyak 8.0%. Walau bagaimanapun, terdapat lonjakan pembelian yang tidak dapat dilihat di platform dalam talian.

 EUR/USD dan USD/CAD: Euro dan pound akan terus menurun. Bank of Canada memulakan pembelian bon.

Pengeluaran perindustrian AS juga turun dengan ketara pada bulan Mac kerana wabak tersebut. Oleh kerana rantaian bekalan terganggu dan permintaan menurun dengan ketara, pengeluaran perindustrian turun sebanyak 5.4% pada bulan Mac. Ahli ekonomi menjangkakan indeks akan jatuh sebanyak 3.5%. Industri pembuatan adalah yang paling teruk terjejas, dengan penurunan 6.3% berbanding Februari. Pengeluaran perlombongan menurun sebanyak 2%.

 EUR/USD dan USD/CAD: Euro dan pound akan terus menurun. Bank of Canada memulakan pembelian bon.

Pengeluaran di bawah Bank Rizab Persekutuan New York juga merosot. Menurut laporan, indeks pembuatan keseluruhan jatuh kepada -78.2 mata pada April 2020. Ahli ekonomi menjangkakan angka itu kepada -32.5 mata.

Permintaan untuk aset 'safe-haven' telah meningkat dengan mendadak. Oleh itu, untuk pasangan mata wang EUR/USD, aliran menurun akan terus melemahkan pasangan mata wang ini ke tahap sokongan 1.0830. Ia juga akan mencuba untuk mengemas kini tahap rendah 1.0770. Semnetara itu, aliran menaik, akan memperjuangkan tahap rintangan 1.0910, kerana hanya dengan berdagang kembali ke julat ini yang akan memungkinkan euro mencapai tahap tinggi minggu ini pada angka 10.

CAD

Bank of Canada semalam mengumumkan bahawa ia akan membeli bon bernilai hingga 50 bilion Dolar Kanada. Bon korporat bernilai sehingga 10 bilion Dolar Kanada juga akan dibeli. EUR/USD dan USD/CAD: Euro dan pound akan terus menurun. Bank of Canada memulakan pembelian bon.

Stephen Poloz, Gabenor Bank of Canada, mengatakan bahawa terdapat penurunan yang signifikan dan pesat dalam kegiatan ekonomi negara itu, oleh itu diperlukan lebih banyak langkah drastik untuk mengimbangi penurunan. Menurutnya, penurunan itu adalah disebabkan oleh permintaan yang melemah dan inflasi yang lebih rendah. Walaupun begitu, risiko deflasi yang berpanjangan di Kanada rendah, dan prospek ekonomi sangat bergantung pada berapa lama perintah kuarantin akan bertahan. Poloz tidak menyebut mengenai ramalan.

Sementara itu, pergerakan pasangan mata wang USD/CAD akan lebih bergantung pada harga minyak daripada perubahan ekonomi. Lonjakan pembelian semalam menembusi pembetulan menurun, maka pasangan mata wang kini kembali ke saluran mendatar pada tahap 1.4060-1.4300. Pedagang berkemungkinan besar akan terus membeli di kawasan ini. Di bahagian tengah saluran, tahap 1.4190, perlu dipertimbangkan ketika membangunkan strategi perdagangan.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...