Selamat petang, pedagang yang dihormati!
Minit mesyuarat terakhir Reserve Bank of Australia (RBA) telah dikeluarkan pada awal pagi ini, dan ucapan ketua RBA, Philip Lowe juga telah dibuat tidak lama kemudian. Saya ingin menyatakan bahawa ramalan ekonomi dari Gabenor Bank Pusat Australia adalah tidak memberangsangkan.
Bank menjangkakan penurunan ekonomi sekitar 10% pada separuh pertama tahun ini, dan peningkatan yang sama dalam jumlah pengangguran, iaitu 10%. Menurut ketua RBA, penurunan aktiviti ekonomi yang ketara dijangka, yang tidak menghairankan, memandangkan akibat COVID-19 kepada seluruh ekonomi dunia, dan khususnya Australia. RBA dengan saksama menilai keadaan semasa dan tidak mengharapkan pemulihan ekonomi yang pesat setelah berakhirnya wabak coronavirus.
Penting untuk saya mengingatkan anda bahawa pada bulan Mac tahun ini, Reserve Bank of Australia telah menurunkan kadar faedah utama kepada 0.25% dan mewujudkan dana untuk membiayai perusahaan sederhana dan kecil untuk jangka masa tiga tahun.
Sekiranya anda melihat gambaran teknikal bagi pasangan mata wang AUD/USD, sebagaimana pasangan mata wang ini dianggap seminggu sekali, maka adalah masuk akal untuk memulakan perdagangan dengan carta mingguan.
Carta Mingguan

Seperti yang daapt anda lihat, mengikuti hasil perdagangan pada 13-17 April, graflilin "Rickshaw" telah dibentuk, yang merupakan model untuk pembalikan harga. Sewaktu penulisan artikel ini ditulis, pasangan mata wang ini sebenarnya diniagakan menurun, tetapi masih ada banyak masa untuk membetulkan keadaan sebelum akhir minggu perdagangan.
Walau bagaimanapun, memandangkan graflilin mingguan terakhir, kemungkinan besar "Aussie" akan terus turun berbanding Dolar AS. Sekiranya ini berlaku, sasaran penurunan paling hampri dilihat adalah pada garis Kijun indikator Ichimoku, yang berada pada tahap 0.6271. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap ini, aliran penurunan harga berkemungkinan besar akan menguji kekuatan tahap 0.6215, yang pernah menjadi tahap rintangan. Sasaran yang lebih jauh untuk penjual mata wang Australia adalah pada tahap 0.6100, di mana garis Tenkan berada.
Untuk membolehkan pasangan mata wang ini kembali berdagang dalam aliran menaik yang jelas ditunjukkan pada minggu sebelumnya, kenaikan pada "Aussie" perlu menembusi rintangan penjual pada tahap 0.6445, di mana nilai maksimum perdagangan mingguan sebelumnya ditunjukkan. Sekiranya ini berjaya dilakukan, pasangan mata wang ini akan menuju ke sasaran yang jauh lebih tinggi, di antaranya pada tahap 0.6650 dan 0.6700 dapat dibezakan. Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada carta mingguan, senario yang paling mungkin kelihatan adalah aliran menurun, yang bermaksud bahawa kita perlu mencari pilihan untuk menjual pasangan mata wang AUD/USD.
Carta Harian

Pada carta harian, kami melihat bahawa pasangan mata wang ini telah membuat pembetulan dalam ke tahap 61.8 Fibo dari kejatuhan 0.7032-0.5511, setelah itu ia berubah untuk meneruskan dinamik penurunan utama.
Perlu diperhatikan bahawa perdagangan kini dilakukan berhampiran garis Tenkan dan Moving Averages (MA) 50, pada keupayaan untuk melepasi yang akan bergantung pada arah pasangan yang lebih jauh. Memandangkan had bawah Ichimoku cloud telah melepasi tahap harga utama 0.6400, tugas pemain untuk menaikkan kadar akan menjadi lebih sukar. Seperti yang telah diperhatikan berkali-kali, kedua-dua sempadan cloud mewakili sokongan atau rintangan yang cukup kuat. Cloud itu sendiri dianggap sebagai kawasan ketidakpastian, dan jalan keluar dari satu arah ke arah lain biasanya menunjukkan arah sebut harga yang lebih jauh.
Untuk mengelakkan daripada terus berada di dalam dilema, saya akan segera menyatakan pendapat peribadi saya bahawa idea perdagangan utama untuk pasangan mata wang AUD/USD adalah pesanan menjual. Saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk mempertimbangkan pilihan untuk membuka pesanan menjual selepas harga ditarik semula ke tahap 0.6315, 0.6345, 0.6400, dan 0.6440. Seperti biasa, penjualan paling awal lebih berisiko, kerana harga boleh menjadi lebih tinggi dan menutup tawaran pada Stop Loss, dan hanya selepas itu harga akan berada dalam arah yang betul. Walau bagaimanapun, jika "Aussie" berjaya naik ke kawasan 0.6400-0.6440, ia juga tidak perlu tergesa-gesa, maka adalah lebih baik menunggu untuk mengesahkan isyarat graflilin untuk mengurangkan kadarnya.
Semoga berjaya!