Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan ETH/USD pada 23 November 2021

parent
Analisis Kripto:::2021-11-23T09:23:16

Analisis Teknikal Pasangan ETH/USD pada 23 November 2021

Ethereum menghampiri ayunan rendah terakhir

Berita Industri Kripto:

Bank Pusat Rusia (CBR) merancang untuk mengenakan bayaran ke atas transaksi ruble digital, dedah Kirill Pronin, pengarah Jabatan Teknologi Kewangan pengawal selia. Pegawai itu menegaskan bahawa komisen ini adalah lebih rendah daripada yuran semasa untuk pemindahan dalam sektor perbankan.

Bercakap di forum di bawah slogan "Sistem perbankan Rusia: memastikan ketersediaan perkhidmatan dan sumber dalam menghadapi risiko yang semakin meningkat," Pronin seterusnya menyatakan bahawa caj yuran pastinya tidak akan melebihi kos pemindahan menggunakan Sistem Pembayaran Pantas Rusia (FPS).

"Kami mengandaikan bahawa yuran untuk transaksi ruble digital akan lebih rendah daripada yuran pemindahan semasa untuk peserta pasaran dan pastinya tidak lebih tinggi daripada yuran FPS," katanya.

Rusia melancarkan Sistem Pembayaran Pantas pada Januari 2019. Ia membenarkan penduduk Rusia menghantar wang hanya menggunakan nombor telefon dan membayar barangan dan perkhidmatan menggunakan kod QR. Pemindahan sehingga 100,000 rubel sebulan (kira-kira $ 1,350) adalah percuma. Untuk pemindahan yang melebihi jumlah ini, bayaran sebanyak 0.5% akan dikenakan, tetapi tidak melebihi daripada 1,500 rubel (kira-kira $ 20).

Gambaran Teknikal Pasaran

Pasangan mata wang ETH/USD menghampiri ayunan rendah yang dilihat pada tahap $3,954. Keadaan pasaran pada carta 4 Jam keluar daripada keadaan terlebih belian (overbought), oleh yang demikian, pergerakan menurun yang lebih rendah mungkin akan berlaku, mensasarkan ke tahap $4,021. Sebarang penembusan harga pada tahap ini akan mempercepatkan pergerakan menurun ke arah sokongan teknikal jangka pendek utama yang dilihat berada pada tahap $3,954. Sila ambil perhatian, bahawa arah aliran harga pada carta masa yang lebih besar kekal menaik dan masih belum terdapat isyarat untuk pembalikan arah aliran lagi.

Tahap Pivot Mingguan:

WR3 - $5,566

WR2 - $5,159

WR1 - $4,752

Pivot Mingguan - $4,357

WS1 - $3,938

WS2 - $3,564

WS3 - $3,134

Tinjauan dagangan:

Sasaran jangka panjang yang seterusnya untuk ETH dilihat berada pada tahap $5,000. Namun begitu, untuk meneruskan aliran menaik jangka panjang, harga tidak boleh menutup di bawah sokongan teknikal pada tahap $2,906. Tahap $1,728 (anjakan semula Fibonacci 61% daripada gelombang impulsif besar menaik akhir) masih merupakan sokongan teknikal jangka panjang utama untuk kenaikan harga. Tahap $3,677 adalah merupakan sokongan teknikal utama jangka sederhana untuk kenaikan harga.

Analisis Teknikal Pasangan ETH/USD pada 23 November 2021

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...