Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 04 Mei, 2020. Britain menduduki tempat ketiga dunia untuk jumlah kes kematian akibat pandemik

parent
Analisis Forex:::2020-05-04T01:42:19

Gambaran Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 04 Mei, 2020. Britain menduduki tempat ketiga dunia untuk jumlah kes kematian akibat pandemik

Carta 4 Jam

Gambaran Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 04 Mei, 2020. Britain menduduki tempat ketiga dunia untuk jumlah kes kematian akibat pandemik

Laporan teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - menurun.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menaik.

Moving Averages (MA)(20) - menaik.

CCI: 37.3988

Pound Britain mengakhiri dagangan minggu lalu dengan pembetulan harga. Namun, gambaran keseluruhannya sangat mirip dengan pasangan mata wang Euro/Dolar AS (meskipun ia sudah mulai menyesuaikan diri). Pound berusaha mencapai tahap maksimum tempatan sebelumnya semasa pergerakan menaik, yang mana ia telah gagal ditembusi dan sekarang corak "double top" menunjukkan pengakhiran trend menaik. Sebagai pengesahan kepada hipotesis ini, kami mengesyorkan anda menunggu sehingga harga ditetapkan di bawah garis Moving Averages (MA). Tetapi untuk memulakan perdagangan secara negatif, anda perlu menembusi MA dalam apa jua keadaan. Sebaliknya, pengukuhan harga di atas tahap Murray "7/8" -1.2634 akan mendorong kepada pengukuhan mata wang Britain. Tidak ada laporan statistik ekonomi makro yang penting dijadualkan akan dikeluarkan pada hari perdagangan pertama bagi seminggu di UK dan Amerika Syarikat.

Sewaktu Kesatuan Eropah mula melonggarkan perintah kuarantin, UK telah menduduki tempat keempat dunia dalam jumlah kes jangkitan wabak "coronavirus". Menurut data terbaru, Britain telah mengatasi Perancis dan Jerman - 183,500 kes. Selain itu, negara ini berada di tempat ketiga dunia dari segi jumlah kematian akibat COVID-2019 - hampir 29,000 kes kematian dilaporkan. Diikuti oleh Sepanyol, Perancis, dan Jerman, di mana wabak itu bermula lebih awal. Namun, UK juga tidak mahu ketinggalan dengan negara-negara yang masih berada di Kesatuan Eropah dan merancang untuk memulakan pelonggaran perintah kuarantin mulai 26 Mei hadapan. Pemerintah diharapkan dapat mengemukakan rancangan untuk pelonggaran perintah kuarantin secara beransur-ansur pada 7 Mei. Tarikh menarik semula perintah kuaratin mungkin akan disemak semula sekiranya situasi wabak di negara ini tidak berubah (iaitu, ia tidak merekodkan bacaan yang lebih baik). Perwakilan sektor kesihatan UK percaya bahawa "puncak" wabak ini telah berlalu, oleh yang demikian, mulai 26 Mei, penduduk boleh dibenarkan meninggalkan kediaman mereka tanpa kecemasan, begitu juga dengan kedai, pawagam, dan lain-lain. Sekolah dirancang akan dibuka tidak lama kemudian, pada Jun. Namun, jika demonstrasi diadakan di Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memaksa pihak berkuasa menamatkan segera perintah kuarantin, orang ramai ingin kembali bekerja dan menjalani kehidupan biasa mereka, perkara sebaliknya yang telah berlaku di Britain, rakyat negara itu telah mengalami sutasi apa yang disebut "coronophobia". Lebih daripada 60% warganegara takut akan menghadiri ke perhimpunan orang ramai dan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Oleh itu, para pakar mengatakan bahawa aktiviti perniagaan dan ekonomi di UK mungkin pulih pada kadar yang lebih perlahan berbanding di negara lain. Kerajaan Britain juga bimbang bahawa pelonggaran langkah-langkah kuarantin pada akhir Mei mungkin terlalu awal, yang berpotensi untuk menyebabkan gelombang pandemik baru dan menimbulkan beban baru pada sistem kesihatan. Oleh itu, tarikh tamat perintah kuarantin perlu selari dengan penurunan jumlah pesakit di institusi perubatan sekiranya terjadi wabak baru, sehingga sektor kesihatan dapat mengatasi gelombang pesakit baru dijangkiti.


Gambaran Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 04 Mei, 2020. Britain menduduki tempat ketiga dunia untuk jumlah kes kematian akibat pandemik

Purata volatiliti bagi pasangan mata wang GBP/USD telah meningkat lagi disebabkan hari dagangan terakhir dan kini berada pada 128 mata. Untuk pound, ini tidak terlalu banyak, yang utama adalah tidak memulakan trend baru peningkatan volatiliti, yang mungkin akan menandakan panik baru di pasaran. Pada Isnin, 4 Mei, kami menjangkakan pergerakan harga di dalam saluran, dihadkan oleh tahap 1.2365 dan 1.2621. Pembalikan menaik indikator Heiken Ashi akan menunjukkan berakhirnya pusingan pembetulan harga.

Tahap Sokongan Paling Hampir:

S1 – 1.2451

S2 – 1.2390

S3 – 1.2329

Tahap Rintangan Paling Hampir:

R1 – 1.2512

R2 – 1.2573

R3 – 1.2621

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD mula menyesuaikan diri pada carta 4 jam. Oleh itu, pedagang disarankan untuk membeli pound semula dengan menetapkan sasaran masing-masing pada tahap 1.2573 dan 1.2621, jika indikator Heiken Ashi naik ke atas atau pasangan mata wang ini melantun dari garis Moving Averages (MA). Para pedagang disyorkan untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang Pound/Dolar AS sebelum harga ditetapkan di bawah MA dengan sasaran pertama pada tahap Murray "3/8" -1.2390.

Penjelasan ilustrasi:

Saluran regresi linear lebih tinggi - pergerakan tidak jelas garis biru.

Saluran regresi linear lebih rendah - pergerakan tidak jelas garis ungu.

CCI - garis biru di tetingkap penunjuk.

Moving Averages (MA) (20;) adalah garis biru pada carta harga.

Murray level - Jalur mendatar warna-warni.

Heiken Ashi adalah indikator yang berwarna biru atau ungu.

Varian pergerakan harga yang berpotensi:

Anak panah merah dan hijau.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...