Seperti yang dapat kita lihat pada grafik, di Moscow, kenaikan jumlah kes baru setiap hari berkurangan kepada 2,000 orang sehari. Jumlah orang yang disembuhkan melebihi 3,000. Faktor itu merukan alasan bagi pihak berkuasa bandar telah berusaha untuk melonggarkan langkah-langkah sekatan bermula dari 1 Jun. Ini bermaksud bahawa kedai bukan makanan dan sebahagian daripada sektor perkhidmatan akan dibuka semula. Orang akan dapat berjalan-jalan dalam tempoh tiga hari seminggu dan bersukan hingga jam 9 pagi. Selain itu, tidak perlu meminta pas kebenaran untuk meninggalkan rumah. Langkah tindakan ini akan berkuatkuasa sehingga 14 Jun.
Ini adalah carta semua kes virus aktif di Rusia. Kita dapat melihat bahawa keadaan sedikit stabil. Walau bagaimanapun, kita harus mengambil kira bahawa carta itu juga menunjukkan penurunan di Moscow. Oleh demikian, di wilayah lain masih terdapat peningkatan jumlah kes aktif. Situasi itu merupakan alasan kepada presiden Rusia meminta Sobyanin untuk menghantar doktor dan sumber ke beberapa wilayah, termasuk wilayah Dagestan, Voronezh, dan Pskov.
Pada pendapat saya, langkah-langkah sekatan di wilayah-wilayah ini tidak cukup untuk membendung penyebaran virus. Tambahan pula, wilayah ini mempunyai infrastruktur kesihatan yang lemah. Pada masa yang sama, di Saint Petersburg, jumlah kes virus aktif berjumlah 10 ribu iaitu sepuluh kali lebih sedikit berbanding di Moscow.
Mari melihat pada rubel Rusia. Mata wang mencecah paras tertinggi berbanding dolar AS dan euro. Rubel dijangka memegang kedudukan sedemikian sehingga gelombang baru harga minyak yang lemah dan kemerosotan di pasaran AS. Meskipun begitu, situasi tersebut tidak dapat dielakkan.
Walau bagaimanapun, adalah idea yang baik untuk membeli euro dan dolar AS untuk rubel pada masa ini.
Dinamik pasangan mata wang EUR / USD bergantung pada data pasaran pekerjaan AS yang akan dikeluarkan pada hari Khamis.
Kedudukan membeli boleh dibuka dari tahap 1.0855, jika pasangan jatuh ke tahap 1.0870.