Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP / USD. 9 Jun 2020. UK semakin menghampiri kegagalan sepenuhnya dalam rundingan persepakatan mengenai "perjanjian" dengan Kesatuan Eropah.

parent
Analisis Forex:::2020-06-09T01:12:00

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP / USD. 9 Jun 2020. UK semakin menghampiri kegagalan sepenuhnya dalam rundingan persepakatan mengenai "perjanjian" dengan Kesatuan Eropah.

Carta masa 4-jam

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP / USD. 9 Jun 2020. UK semakin menghampiri kegagalan sepenuhnya dalam rundingan persepakatan mengenai "perjanjian" dengan Kesatuan Eropah.

Maklumat teknikal:

Saluran regresi linear yang lebih tinggi: arah aliran - menaik.

Saluran regresi linear yang lebih rendah: arah aliran - menaik.

Moving Average (20;) - menaik.

CCI: 145.1452

Urusniaga mata wang Pound Britain juga mula membuat penyelarasan pada hari perdagangan pertama dalam tempoh seminggu. Walau bagaimanapun, pembetulan tidak bertahan lama dan sangat lemah. Selain itu, menjelang penghujung hari dagangan, pergerakan menaik kembali. Secara umum, aliran kenaikan adalah kekal, dan dalam pembetulan, pasangan mata wang pound / dolar belum mencapai garis moving average. Oleh demikian, pada akhir dagangan hari Isnin, gambaran teknikal tidak berubah sama sekali. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kita semakin sering bertanya kepada diri kita sendiri: apakah sebabnya pengukuhan mata wang pound Britain? Sekiranya pertumbuhan mata wang euro masih dapat dijelaskan secara logik, adalah tidak mungkin senario ini dengan mata wang Britain. Faktanya adalah bahawa ekonomi EU, walaupun mengalami masalah tertentu berikutan daripada "krisis coronavirus", namun, ekonomi mereka adalah satu landasan dengan AS. Ini bermaksud bahawa euro mungkin menjadi lebih mahal sekarang berbanding dolar ekoran daripada krisis politik, skandal rasis, demonstrasi, tunjuk perasaan, dan rusuhan yang berlaku sekarang di Amerika Syarikat. Tetapi dalam kes pound, keadaannya sama sekali berbeza. Pertama, seperti yang telah kita bahas dalam artikel "ramalan saat terakhir" untuk pound, laporan COT menunjukkan penurunan terkuat dalam kedudukan membeli di kalangan peserta pasaran profesional. Dengan kata lain, bank-bank utama dan dana pelaburan yang beroperasi di pasaran pertukaran asing untuk memperoleh keuntungan telah berusaha sebaik mungkin untuk menutup sebanyak mungkin kontrak pembelian selama 10 hari terakhir. Biasanya, pengurangan jumlah kontrak sebanyak hampir 13 ribu (walaupun jumlahnya sekitar 42 ribu) menyebabkan kejatuhan mata wang yang kuat, kecuali jumlah kontrak penjualan yang sama tidak menurun. Laporan COT terbaru menunjukkan perubahan minimum dalam jumlah kontrak penjualan di kalangan spekulator. Oleh demikian, kita mempunyai situasi yang sedikti kontra apabila spekulator membuang pembelian, secara keseluruhan, lebih banyak kontrak baru dibuka untuk dijual daripada pembelian, dan mata wang Britain berjaya menjadi sangat mahal. Kedua, ekonomi Britain mengalami masalah serius dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini kerana isu Brexit. Baik ekonomi Amerika mahupun ekonomi Eropah tidak mempunyai masalah seperti itu. Dan sekiranya tiada "kesepakatan" dengan Kesatuan Eropah, maka dari tahun 2021 Britain akan mulai berdagang dengan Perikatan (yang menyumbang lebih dari 50% eksport) di bawah peraturan WTO, iaitu dengan duti dan tarif. Sudah tentu, London juga akan memperoleh keuntungan dan pilihan tertentu daripada ketiadaan "perjanjian". Sebagai contoh, perairan Britain tidak akan tersedia untuk negara-negara EU untuk menangkap ikan dan makanan laut. Justeru, Britain akan mempunyai jenis monopoli perikanan ini berbanding dengan banyak negara EU. Tetapi potensi dan keuntungan ini masih perlu direalisasikan, yang juga boleh mengambil tempoh masa bertahun-tahun.

Pada minggu lalu, rundingan pusingan keempat antara Brussels dan London mengenai hubungan masa depan setelah "perceraian" terakhir telah tamat. Pada prinsipnya, kata-kata Michel Barnier cukup untuk menggambarkan hasil rundingan ini: "Saya mesti mengatakan yang sebenarnya dan bahawa tidak ada kemajuan yang signifikan dalam perundingan minggu ini." Michel Barnier juga menambah bahawa EU tidak akan bersetuju dengan perjanjian yang akan mempengaruhi integriti pasaran tunggal pada masa akan datang. Juga, ketua perunding dari Perikatan mengatakan bahawa London menarik diri dari komitmen yang dibuatnya sebelumnya, yang secara signifikan menyulitkan proses perundingan. Telah diperhatikan bahawa masalah utama yang tidak dapat diselesaikan adalah akses kapal Eropah ke perairan Britain untuk sektor perikanan.

Sementara itu, China telah bertindak balas terhadap tuduhan Washington bahawa pihaknya telah berusaha untuk "menunda atau sabotaj" pengembangan vaksin terhadap "coronavirus". Pegawai Beijing diminta untuk menunjukkan bukti kata-kata pegawai Amerika. "Oleh kerana Senator ini (Rick Scott) mendakwa bahawa AS mempunyai bukti cubaan China untuk melemahkan penyelidikan dan pengembangan vaksin COVID-19, kami memintanya untuk mengemukakan bukti ini, tidak perlu malu," kata seorang Pegawai Kementerian Luar Negeri warga China. Diplomat itu juga mengatakan bahawa "pengembangan vaksin COVID-2019 bukanlah pertempuran antara China dan Amerika Syarikat, tetapi pertempuran antara manusia dan virus, dan tanpa mengira negara mana yang pertama kali menyelesaikan penyelidikan dan pengembangan vaksin, ia akan menjadi sumbangan penting untuk perjuangan kemanusiaan dalam memerangi wabak ".

Pada hari Isnin, tiada maklumat penting makroekonomi yang diterbitkan di Amerika Syarikat atau UK. Walau bagaimanapun, pada hari Jumaat yang lalu menunjukkan kepada pedagang bahawa, tidak kira apa jenis bentuk statistik yang diterima, pound secara terus menaik dalam harga pada masa ini. Tiada laporan besar dijadualkan untuk hari Selasa di UK dan Amerika Syarikat sekali lagi.

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP / USD. 9 Jun 2020. UK semakin menghampiri kegagalan sepenuhnya dalam rundingan persepakatan mengenai "perjanjian" dengan Kesatuan Eropah.

Volatiliti purata bagi pasangan mata wang GBP / USD terus menurun secara umum dan pada masa ini adalah sebanyak 111 mata. Bagi pasangan mata wang GBP / USD, indikator ini adalah "tinggi". Pada hari Selasa, 9 Jun, kami menjangkakan pergerakan di dalam saluran, dihadkan oleh tahap 1.2622 dan 1.2844. Menurunkan indikator Heiken Ashi ke bawah akan menunjukkan pusingan baru pembetulan.

Tahap sokongan berhampiran:

S1 – 1.2695

S2 – 1.2634

S3 – 1.2573

Tahap rintangan berhampiran:

R1 – 1.2756

R2 – 1.2817

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang GBP / USD meneruskan pergerakan menaik yang kuat pada carta masa 4 jam. Oleh demikian, hari ini adalah disarankan untuk secara terus memperdagangkan pasangan mata wang GBP / USD untuk kenaikan dengan sasaran 1.2756 dan 1.2817 dan mengekalkan kedudukan panjang (membeli) sehingga indikator Heiken Ashi menurun. Adalah disarankan untuk menjual pasangan mata wang GBP / USD apabila pedagang berjaya kembali ke kawasan di bawah moving average, dengan sasaran pertama 1.2512 dan 1.2451.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...