Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan ramalan untuk pasangan mata wang EUR / USD pada 16 Jun 2020

parent
Analisis Forex:::2020-06-16T08:34:19

Analisis dan ramalan untuk pasangan mata wang EUR / USD pada 16 Jun 2020

Salam sejahtera kepada rakan dagangan!

Pada hari dagangan pertama minggu ini, pasangan mata wang utama menunjukkan arah aliran menaik. Tekanan terhadap dolar AS diturunkan oleh penurunan hasil bon 10 tahun kerajaan AS, serta keinginan yang berterusan para peserta pasaran untuk aset berisiko. Sebagai tambahan, Rizab Persekutuan AS (FRS) mengumumkan permulaan program berskala besar untuk membeli hutang korporat, yang juga meningkatkan daya tarik terhadap aset berisiko.

Pada masa yang sama, adalah perlu diambil perhatian terhadap kebimbangan yang semakin meningkat mengenai peyebaran gelombang kedua COVID-19. Sebagai contoh, di selatan Beijing, terdapat lonjakan jangkitan coronavirus. Selain itu, perlaksanaan sebahagian sekatan telah dilakukan, termasuk pengangkutan awam. Keadaan mengenai COVID-19 di AS juga jauh dari angka normal. Sehingga pada hujung minggu ini, kira-kira sejumlah 25 ribu kes jangkitan baru dengan jenis coronavirus baru dikesan di Amerika Syarikat.

Sekiranya anda melihat kalendar ekonomi pada hari ini, acara utama, bermula dari jam 13:30 (waktu London), akan muncul dari luar negara. Ianya bermanfaat untuk menggariskan laporan mengenai penjualan runcit dan pengeluaran industri. Selain itu, ini merupakan laporan separuh tahunan mengenai dasar monetari oleh Pengerusi Fed Jerome Powell, yang akan bermula pada jam 15:00 (waktu London).

Harian

 Analisis dan ramalan untuk pasangan mata wang EUR / USD pada 16 Jun 2020

Sekiranya kita melihat gambaran teknikal untuk pasangan mata wang EUR / USD, maka pada perdagangan semalam, tanpa mencapai tahap terendah sebelumnya pada kawasan 1.1212, kadar pertukaran berubah ke arah aliran menaik. Pasangan ini mengukuh dengan sebaiknya, mengakhiri perdagangan Isnin pada kawasan 1.1322. Hari ini, pada saat penulisan artikel ini, terdapat pengukuhan sebut harga yang sederhana. Sekiranya pertumbuhan berterusan, sasaran terdekat adalah pada tahap teknikal 1.1380 dan 1.1420 yang kuat. Sekiranya berlaku senario penurunan harga dan berada di bawah kawasan 1.1300, penanda aras bagi penjualan seterusnya adalah 1.1230 dan 1.1200.

Berdasarkan carta harian, adalah sukar untuk menentukan arah aliran harga yang lebih jauh. Dalam sudut bertentangan, graf lilin menaik semalam melenyapkan penurunan sebelumnya, yang boleh dianggap sebagai isyarat untuk kenaikan harga selanjutnya. Sebaliknya, sehingga tahap 1.1380 dan 1.1420 ditembusi, dengan pengukuhan harga di atas catatan terakhir, tinjauan kenaikan harga untuk euro boleh dipersoalkan.

Bagi perdagangan hari ini, kesan yang paling langsung terhadap laluan pergerakan adalah statistik dari Amerika dan ucapan Jerome Powell.

Carta masa H4

 Analisis dan ramalan untuk pasangan mata wang EUR / USD pada 16 Jun 2020

Pada carta masa empat jam, setelah pasangan itu menghadapi tentangan kuat dari penjual berhampiran tahap teknikal 1.1350 yang signifikan dan terdapat percubaan untuk peralihan ke arah penurunan. Sekiranya lilin semasa kekal dengan bentuk yang hampir sama, kita dapat menjangkakan penurunan lebih lanjut ke EMA 89 dan tahap sokongan 1.1212. Kebarangkalian senario seperti ini akan meningkat dengan ketara sekiranya lilin semasa ditutup pada MA 50 (biru) dan di bawah tahap 1.1300. Walaupun pasangan ini diperdagangkan lebih tinggi, kebarangkalian untuk kesinambungan percubaan pertumbuhan masih berlaku.

Carta masa H1

 Analisis dan ramalan untuk pasangan mata wang EUR / USD pada 16 Jun 2020

Juga tiada kepastian pada carta masa setiap jam. Pertumbuhan sebelah pagi bagi pasangan ini terhenti berhampiran kawasan 1.1353, dari mana harga memulakan penurunan yang sedikit kuat. Sekiranya aliran menurun berterusan, pasangan mata wang euro / dolar akan jatuh ke kawasan 1.1302-1.1277, di mana purata bergerak yang digunakan adalah: EMA 89, MA 50, dan EMA 200. Sekiranya isyarat graf lilin muncul di zon yang dipilih, anda boleh mencuba membuka tawaran membeli dengan sasaran berhampiran pada kawasan 1.1340. Saya juga mencadangkan agar anda melihat lebih dekat kepada pembelian sekiranya berlaku penilaian pada tahap tinggi 1.1353.

Mengenai penjualan, saya mencadangkan menunggu kemunculan corak pembalikan penurunan harga dari analisis graf lilin, yang akan muncul di bawah kawasan 1.1353. Dalam senario ini, adalah menjadi jelas bahawa pasangan tidak dapat terus berkembang dan akan berubah menjadi menurun. Sebagai kesimpulan, saya ingin menarik perhatian anda sekali lagi kepada peristiwa hari ini dalam kalendar ekonomi, di mana perkara yang utama adalah ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell.

Semoga berjaya!

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...