Tinjauan Pasaran Teknikal
Ketidaktentuan pasangan EUR/USD telah meningkat menjelang keputusan kadar faedah ECB hari ini. Agak jelas pada carta masa H4 dimana pasaran cuba untuk keluar dari julat sempit yang terletak di antara tahap 1.1258 - 1.1332. Zon ini betul-betul di tengah-tengah saluran juga. Sila perhatikan tahap 1.1258, ini adalah garisan untuk kenaikan harga dalam jangka pendek. Sebarang penembusan harga pada tahap ini berkemungkinan akan mengakibatkan pecutan jualan ke arah tahap 1.1228 dan 1.1185 sekali lagi. Hanya penembusan yang berterusan di atas 1.1332 - 1.1375, zon bekalan jangka pendek utama, akan mengubah tinjauan kepada lebih menaik pada masa hadapan .
Pivot point Mingguan:
WR3 - 1.1504
WR2 - 1.1423
WR1 - 1.1371
Pivot Mingguan - 1.1302
WS1 - 1.1231
WS2 - 1.1155
WS3 - 1.1080
Tinjauan Dagangan:
Pasaran dikawal oleh penurunan harga yang menolak harga jauh di bawah tahap 1.1501 dan 1.1360, yang merupakan tahap terendah sejak November 2020. Sasaran jangka panjang penting seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.1166. Aliran menaik boleh diteruskan ke arah sasaran jangka panjang seterusnya yang terletak pada tahap 1.2350 (tinggi dari 06.01.2021) hanya jika senario kitaran kenaikkan disahkan oleh penembusan di atas tahap 1.1909 dan 1.2000.