Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 19 Jun. Laporan COT. Ucapan Jerome Powell. Penurunan harga perlu mengatasi tahap 1.2400

parent
Analisis Forex:::2020-06-19T02:02:56

Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 19 Jun. Laporan COT. Ucapan Jerome Powell. Penurunan harga perlu mengatasi tahap 1.2400

Pasangan mata wang GBP/USD pada carta masa 1H

Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 19 Jun. Laporan COT. Ucapan Jerome Powell. Penurunan harga perlu mengatasi tahap 1.2400

Pasangan mata wang GBP / USD secara signifikan lebih banyak mengalami kerugian berbanding pasangan mata wang EUR / USD semalam, susulan daripada keputusan Bank of England untuk memperluaskan program pembelian semula sekuriti sebanyak 100 bilion euro. Hasil daripada itu, mata wang Britain jatuh ke kawasan sokongan 1.2400-1.2420 pada akhir hari dagangan. Oleh demikian, pergerakan alirna menurun selanjutnya akan bergantung kepada mengatasi kawasan ini. Di samping itu, pedagang berjaya mengatasi garis arah aliran menaik, yang kini menjadikan situasi menjadi lebih mudah untuk penurunan harga. Pasangan mata wang GBP / USD juga secara terus berada di dalam saluran menurun, jadi tinjauan untuk penurunan selajutnya adalah lebih baik. Sekiranya sebut harga melantun dari kawasan sokongan 1.2400-1.2420, maka kenaikan akan dapat memperoleh inisiatif dan berusaha menaikkan pasangan, sekurang-kurangnya, ke garis Kijun-sen yang kritikal. Dan pergerakan selanjutnya akan bergantung sepenuhnya di mana adakah pasangan itu berada di dalam saluran.

Pasangan mata wang GBP/USD pada carta masa15M

Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 19 Jun. Laporan COT. Ucapan Jerome Powell. Penurunan harga perlu mengatasi tahap 1.2400

Kedua-dua saluran regresi linear sekali lagi digerakkan dalam aliran menurun pada carta masa 15 minit, sehingga pasangan ini secara terus menunjukkan kesediaannya untuk terus bergerak ke bawah.

Laporan COT

Ramalan terkini dan isyarat perdagangan untuk pasangan mata wang GBP / USD pada 19 Jun. Laporan COT. Ucapan Jerome Powell. Penurunan harga perlu mengatasi tahap 1.2400

Laporan COT terbaru untuk pound Britain, yang diterbitkan pada hari Jumaat, menunjukkan penurunan yang kuat dalam jumlah kontrak pembelian terbuka di kalangan pedagang profesional. Jumlah mereka menurun hampir 7,000, tetapi hanya terdapat 705 kedudukan membeli terbuka yang baru. Oleh demikian, pedagang tidak terlalu cenderung membeli pound sterling, dan bagaimanapun, mata wang Britain meningkat pada minggu pelaporan. Sekiranya anda melihat tingkah laku pedagang besar dalam semua kategori, maka mereka menutup kontrak pembelian dan kontrak penjualan. Sebanyak 25,000 kontrak ditutup. Justeru, secara umum, pound tidak berada dalam permintaan, tetapi pada masa yang sama mata wang itu melonjak berbanding dolar. Pasangan ini melakukan kejatuhan dengan kuat pada minggu ini, jadi laporan COT hari ini cenderung menunjukkan penurunan dalam kedudukan bersih untuk pound Britain.

Situasi persekitaran asas bagi pasangan mata wang GBP / USD bermula dengan negatif. Masih belum terdapat kenyataan atau berita baru mengenai topik utama pound sterling - Brexit. Tetapi para pedagang memberi reaksi terhadap penjualan mata wang Britain yang pesat setelah diketahui bahawa Bank of England telah memperluaskan program pembelian semula asetnya sebanyak 100 bilion pound. Juga, para peserta pasaran bimbang bahawa pada pertemuan-pertemuan berikutnya mungkin menggunakan kadar negatif, berikutan daripada, menurut pendapat umum, ekonomi Britain tidak dapat menangani atau mengekang kesan daripada akibat krisis coronavirus yang berlaku, Brexit dan kemungkinan tiada sebarang perjanjian perdagangan dihasilkan dengan Kesatuan Eropah. Rangsangan tambahan akan diperlukan. Dan sebarang rangsangan ekonomi dan pelonggaran tambahan dasar monetari adalah faktor penurunan harga dan kemungkinan akan menyebabkan kejatuhan dalam pound Britain. Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell akan mengadakan perucapan berikutnya pada hari Jumaat, bersamaan dengan 19 Jun 2020. Walau bagaimanapun, tidak mungkin Powell akan menambahkan sebarang perancangan yang lain dalam apa yang telah disebutkan minggu ini di Kongres. Oleh demikian, pasangan mata wang GBP / USD mungkin sedikit pulih pada hari ini selepas apa yang berlaku pada hari Khamis.

Terdapat dua senario utama pada 19 Jun:

1) Inisiatif untuk pasangan mata wang GBP / USD sememangnya berada dalam sisi kedudukan penjual, ekoran daripada garis arah aliran menaik telah diatasi. Justeru, kedudukan pendek (menjual) pada masa ini relevan dengan tahap sokongan 1.2268. Namun, kami mempertimbangkan adalah wajar menunggu terlebih dahulu sehingga kawasan sokongan 1.2400-1.2420 diatasi. Potensi Ambil Keuntungan (TP) dalam kes ini adalah sebanyak 120 mata.

2) Pembeli tidak dapat mengatasi serangan penurunan harga dan melepaskan pasangan. Jadi, adalah disarankan untuk mempertimbangkan pesanan pembelian sekarang tetapi tidak sebelum anda mengukuhkan sebut harga di atas saluran menurun. Dalam situasi ini, kenaikkan harga akan dapat mengira pertumbuhan selanjutnya dengan sasaran garis Senkou Span B dan tahap rintangan 1.2740. Bagaimanapun, perkembangan seperti ini tidak dijangkakan dalam tempoh beberapa hari yang akan datang. Potensi Ambil Keuntungan (TP) dalam kes ini adalah dari 50 hingga 150 mata.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...