Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Isyarat dagangan Ripple (XRP) untuk 17 - 20 Disember, 2021: buka pesanan membeli di atas tahap 0.8114 (21 SMA)

parent
Analisis Kripto:::2021-12-17T06:43:37

Isyarat dagangan Ripple (XRP) untuk 17 - 20 Disember, 2021: buka pesanan membeli di atas tahap 0.8114 (21 SMA)

Isyarat dagangan Ripple (XRP) untuk 17 - 20 Disember, 2021: buka pesanan membeli di atas tahap 0.8114 (21 SMA)

XRP menembusi di atas segi tiga simetri dan di atas SMA 21 yang terletak pada tahap 0.8100. Pembeli cuba menolak harga di atas tahap 0.9230 tetapi gagal kerana EMA 200 terletak di kawasan itu yang bertindak sebagai rintangan yang kuat.

Indikator "Eagle" menghampiri zon rintangan pada 95 mata, menunjukkan bahawa ia berkemungkinan besar akan mencapai tahap terlebih belian (overbought). Penyatuan harga cenderung untuk berlaku di bawah tahap 0.93 yang akan diikuti dengan pergerakan menurun dalam beberapa hari akan datang.

Jika kenaikan harga menolak harga di atas tahap 0.9230, XRP berpotensi untuk melonajk naik menuju ke arah tahap psikologi $1.00. Terdapat tekanan penurunan harga yang kuat di kawasan ini dan penurunan harga mungkin sekali lagi menimbulkan cabaran yang sukar, menolak XRP untuk diniagakan lebih rendah lagi. Penembusan dan penutupan harga di atas tahap ini menunjukkan bahawa penjual mungkin kehilangan kawalan dan XRP mungkin bergerak hingga ke 3/8 pada tahap 1.0742.

Menurut carta 4 jam, XRP didagangkan di atas sokongan 0/8 Murray dan di atas SMA 21. Selagi ia kekal diniagakan di atas tahap 0.7812, mungkin terdapat pemulihan dalam beberapa hari yang akan datang ke arah zon 200 EMA.

Pelan dagangan kami untuk beberapa jam akan datang adalah untuk membeli XRP semasa ia berdagang di atas tahap 0.7812. Sebaliknya, jika harga menutup di bawah tahap ini pada carta 4 jam, kita boleh menjangkakan aliran menurun akan diteruskan ke arah sokongan -1/8 Murray pada tahap 0.6836 dan ke arah tahap psikologi $0.50.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 17 - 20 Disember 2021

Rintangan (3) 0.8467

Rintangan (2) 0.8298

Rintangan (1) 0.8174

----------------------------

Sokongan (1) 0.8000

Sokongan (2) 0.7812

Sokongan (3) 0.7507

*************************************************** *********

Tips dagangan untuk XRP pada 17 - 20 Disember 2021

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas tahap 0.8114 (21 SMA) dengan menetapkan pesanan take profit pada tahap 0.8789 dan 0.9300 (200 EMA), sementara pesanan Stop loss di bawah tahap 0.8000.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...