Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pembeli pasangan mata wang USD/JPY kelihatan kehilangan momentum

parent
Analisis Forex:::2021-12-23T01:00:04

Pembeli pasangan mata wang USD/JPY kelihatan kehilangan momentum

Pasangan mata wang USD/JPY telah mencatatkan kenaikan yang menakjubkan sejak Jumaat. Ia telah meningkat ke tahap tinggi 114.37 di mana ia telah menemui rintangan. Aneh atau tidak, USD meningkat walaupun DXY menjunam. Pasangan mata wang ini meningkat hanya kerana nilai Yen telah terjejas oleh Niaga Hadapan Yen Jepun.

Pada asasnya, data AS mencatatkan bacaan yang lebih bai berbanding ramalan pada hari ini, oleh yang demikian, USD berpotensi untuk diniagakan kekal tinggi. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Akhir mencatatkan pertumbuhan 2.3% pada suku ke-3 berbanding 2.1% yang dijangkakan, manakala Keyakinan Pengguna CB dilaporkan pada 115.8 berbanding ramalan yang mengunjurkan bacaan pada 111.1. Selain itu, Indeks Harga KDNK Akhir juga merekodkan bacaan yang lebih baik daripada jangkaan.

Saluran menaik pasangan mata wang USD/JPY

Pembeli pasangan mata wang USD/JPY kelihatan kehilangan momentum

Seperti yang anda boleh lihat pada carta 4 Jam, pasangan mata wang USD/JPY meningkat selepas gagal untuk menstabil di bawah Median Line (ML) Decending Pitchfork. Kini, ia telah menemusi rintangan yang terletak betul-betul di atas R1 mingguan (114.26), gagal mencapai dan menguji semula garis menaik saluran.

Kekal berdagang di bawah R1 mungkin menandakan penurunan harga sementara. Ia boleh turun semula untuk menguji dan menguji semula tahap psikologi 114.00 atau tahap pivot 113.70. Pada pendapat saya, hanya lonjakan, menutup dan menstabil di atas R1 mungkin menandakan kesinambungan trend menaik bagi momentum ini

Tinjauan dagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY

Pasangan mata wang USD/JPY cenderung untuk diniagakan sedikit rendah selepas kenaikan harga yang menakjubkan. Penarikan semula sementara boleh membantu pembeli mengejar pergerakan menaik yang baharu. Harga berkemungkinan besar akan melanjutkan pertumbuhannya jika DXY kekal lebih tinggi dan jika Niaga Hadapan Yen jatuh lebih rendah.

Selepas penembusan harga palsu dengan pemisahan hebat di atas R1, penurunan jangka pendek mungkin berlaku.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...