Pelan perdagangan hari ini adalah berdasarkan kepada ujian harga WCZ 1/2 107.90-107.74. Sekiranya ujian harga membawa kepada pembentukan corak penyerapan pengukuhan yen, maka isyarat untuk kemasukan pesanan menjual akan muncul. Sasaran untuk penurunan harga adalah pada tahap rendah minggu lalu. Penting untuk difahami bahawa keutamaan pasaran telah berubah kepada kenaikkan harga dari minggu lalu.

Sekiranya pesanan membeli bagi instrumen ini sudah dibuka, maka anda perlu mngekalkannya. Anda akan dapat menukar ke titik pulang modal setelah pasangan mata wang ini mengemas kini tahap tinggi bulanan.
Model alternatif untuk penurunan harga akan diaktifkan jika perdagangan hari ini ditutup di bawah WCZ 1/4 107.33-107.25. Ini akan membolehkan anda mempertimbangkan untuk berdagang di dalam zon pengumpulan. Sasaran untuk penurunan harga adalah WCZ 1/2 106.51-106.35.

CZ Harian - Zon kawalan harian. Zon yang dibentuk oleh data penting dari pasaran niaga hadapan yang berubah beberapa kali dalam tempoh setahun.
CZ Mingguan - Zon kawalan mingguan. Zon yang dibentuk oleh isyarat penting pasaran hadapan, yang berubah beberapa kali dalam tempoh setahun.
CZ Bulanan - Zon kawalan bulanan. Zon yang mencerminkan purata volatiliti sepanjang tahun lalu.