Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan isyarat perdagangan untuk pedagang baru. Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Julai? Rancang untuk membuka dan menutup tawaran pada Jumaat

parent
Analisis Forex:::2020-07-17T01:10:52

Analisis dan isyarat perdagangan untuk pedagang baru. Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Julai? Rancang untuk membuka dan menutup tawaran pada Jumaat

Pasangan Mata Wang EUR/USD - Carta 1 Jam

Analisis dan isyarat perdagangan untuk pedagang baru. Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 17 Julai? Rancang untuk membuka dan menutup tawaran pada Jumaat

Semalam adalah merupakan hari perdagangan yang sangat sukar dan mencabar. Mesyuarat Bank Pusat Eropah adalah acara yang sangat penting bagi pasaran mata wang. Volatiliti meningkat dan perubahan mendadak arah pergerakan mungkin terjadi ketika keputusan diumumkan, ringkasan sidang media dikeluarkan atau bahkan setelah ucapan Presiden ECB Christine Lagarde. Pada prinsipnya, inilah yang berlaku semalam. Hasil pertemuan pada bulan Julai sangat tidak menarik. Kadar fkunci (kadar faedah di mana bank perdagangan dan organisasi kewangan lain dikreditkan) kekal pada nilai minimum 0%. Ia tidak boleh lebih rendah, kerana kadar pinjaman negatif akan bermaksud bahawa ECB akan membayar faedah pinjaman itu sendiri, yang melanggar mekanisme pinjaman. Kadar Deposit tetap tidak berubah, juga pada tahap ultra rendah -0.5%. Kadar ini bermaksud bahawa ECB mengenakan bayaran kepada pendeposit kerana meletakkan deposit ke akaun mereka. Ini dilakukan untuk memotivasi para pelabur untuk melaburkan wang mereka dalam ekonomi sebanyak yang mungkin, dan tidak menyimpannya pada deposit. Secara umum, dasar kewangan ECB ini 'dovish' (sangat lembut, bertujuan untuk merangsang ekonomi). Namun, selain hasil pertemuan itu, Lagarde memberikan ucapan semalam, menunjukkan beberapa keyakinan, mengatakan bahawa aktiviti ekonomi penduduk semakin meningkat, dan ekonomi EU dijangka pulih pada suku ketiga dan keempat. Euro mula berkembang susulan kenyataan ini, tanpa memperhatikan gambaran teknikal. Namun, beberapa jam kemudian, pasangan mata wang ini mula diniagakan rendah semula, apabila pasaran kehilangan keyakinan.

Analisis teknikal untuk kali kedua dalam dua hari mengatakan bahawa euro bersiap sedia untuk mula melemah. Pertama, harga tetap di bawah saluran menaik, kemudian melantun secara mendadak, dan sekali lagi disematkan di bawah saluran menurun yang sudah diperbaharui. Pada masa ini, kami sekali lagi mempunyai isyarat untuk penjualan, yang mana kami menasihati anda untuk bekerjasama. Senario berikut adalah diramalkan pada 17 Julai:

1) Kami tidak mengsyorkan anda untuk mempertimbangkan mengambil pesanan membeli euro kerana harga telah mengukuh di bawah saluran menaik dan sangat sukar untuk mendapatkan isyarat kemasukan pesanan membeli dalam keadaan seperti itu. Walaupun harga kembali berdagang ke saluran menaik, ia tidak lagi relevan.

2) Oleh kerana pasangan mata wang ini mengukuh di bawah saluran kenaikan pada akhir jam dan menghabiskan tiga jam berikutnya (graflilin tiga jam) di bawahnya, kami mengesyorkan anda untuk mengambil pesanan menjual dan meletakkan pesanan Take Profit berhampiran sasaran - tahap 1.1325, 1.1301, 1.1256. Yang pertama adalah sasaran paling selamat. Pasangan mata wang ini kebiasaannya menempuh jarak yang sama (volatiliti) dalam sehari. Pada masa ini, dari harga terendah hingga tertinggi harian, pasangan mata wang ini telah melepasi sekitar 75-80 mata. Terdapat kira-kira 60 untuk tujuan pertama, oleh itu, apabila dicapai, kami mengesyorkan mengambil keuntungan dan keluar dari transaksi. Kami mengesyorkan anda untuk menetapkan pesanan Stop Loss (had kemungkinan kerugian pada transaksi) di atas tahap 1.1411.

Ucapan dan laporan penting (selalu terkandung dalam kalendar berita) berpotensi untuk mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa laporan ini dikeluarkan, anda disarankan untuk melakukan perdagangan dengan hati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang ketara berbanding pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru dalam pasaran forex harus diingatkan bahawa tidak semua transaksi adalah menguntungkan. Membangunkan strategi yang jelas dan pengurusan wang yang baik adalah kunci kepada kejayaan dalam perdagangan untuk jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...