
Kadar spot sedang menghampiri tahap sokongan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada 118.50 mencadangkan lantunan semula. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membebaskan potensi yang besar dan mencapai had saluran yang lebih rendah pada tahap 117.10.
Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap sokongan tidak ditembusi andaian lantunan semula adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakkan pantas.
Kadar spot sedang menguji sokongan pertengahan pada saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis lantunan semula di mana kami mencadangkan beli pada tahap 118.50 dengan objektif 1 pada tahap 119.10 dan kemudian pada tahap 119.30. Penembusan di tahap 118.30 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap sokongan di mana kami menasihati agar "sell stop" yang bermaksud jual kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap sokongan 118.50 dengan objektif 1 pada tahap 117.90 dan kemudian pada tahap 117.70. Penembusan di tahap 118.70 akan membatalkan senario ini.