Tinjauan teknikal:
Pasangan mata wang EUR/USD telah mencatatkan paras rendah yang lebih tinggi (HL) di sekitar paras 1.1270 pada hari Rabu, yang boleh menjadi pengakhiran kepada penyatuan segi tiga. Jika struktur bertahan dengan baik, harga akan kekal diniagakan di atas paras 1.1270 dan menolak lebih tinggi ke arah 1.1500 dan 1.1700 dalam tempoh terdekat. Penembusan harga di atas paras 1.1383 akan mengesahkan pergerakan menaik dan pecutan harga.
Pasangan mata wang EUR/USD telah memnbentuk sokongan menaik dan struktur penyatuan jenis rintangan berterusan dalam beberapa minggu lepas. Rintangan kekal malar di sekitar zon 1.1350-60, manakala sokongan telah meningkat dengan paras 1.1222, 1.1235, dan 1.1270 masing-masing. Kebarangkalian kekal rendah untuk penembusan kenaikan harga dalam kes di atas.
Struktur gelombang yang lebih besar juga menunjukkan gambaran kenaikan harga dengan pasangan mata wang EUR/USD menjejaki semula rali utamanya di antara paras 1.0636 dan 1.2350, sehingga ke tahap anjakan semula 0.618 Fibonacci (1.1186). Berhati-hati untuk menolak di atas paras 1.1383 untuk pecutan harga sekurang-kurangnya ke arah 1.1500 dalam masa terdekat. Hanya penembusan harga di bawah paras 1.1186 akan melengahkan lagi keadaan untuk kenaikan harga kembali mengawal pasaran.
Pelan dagangan:
Potensi rali ke arah paras 1.1500 berbanding 1.1150
Semoga berjaya!