Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis dan isyarat perdagangan untuk pedagang baru. Bagaimana untuk melaksanakan pedagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 21 Julai? Strategi untuk membuka dan menutup tawaran pada hari Selasa

parent
Analisis Forex:::2020-07-21T06:13:27

Analisis dan isyarat perdagangan untuk pedagang baru. Bagaimana untuk melaksanakan pedagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 21 Julai? Strategi untuk membuka dan menutup tawaran pada hari Selasa

Carta setiap jam bagi pasangan mata wang EUR/USD

Analisis dan isyarat perdagangan untuk pedagang baru. Bagaimana untuk melaksanakan pedagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 21 Julai? Strategi untuk membuka dan menutup tawaran pada hari Selasa

Pedagang sekali lagi tidak dapat memutuskan arah aliran untuk melakukan perdagangan pasangan pada hari dagangan pertama dalam seminggu. Sebagai permulaannya, harga melintasi garis rintangan merah, dari mana sebelumnya melantun semula sebanyak tiga kali, tetapi pergerakan menaik tidak berjaya. Sebenarnya, ini adalah isyarat palsu untuk membeli. Berita semalam boleh ditafsirkan mengikut keinginan anda. Perkara pertama yang sememamgnya diketahui umum adalah bahawa sidang kemuncak EU dilanjutkan untuk satu hari lagi, dan para pesertanya akan terus berusaha untuk menyetujui pengagihan dana sejumlah 750 bilion euro, yang ditujukan untuk negara-negara Kesatuan Eropah yang paling terjejas disebabkan oleh epidemik coronavirus. Pada sebelah petang, maklumat muncul di media bahawa persepakatan sepertinya telah berjaya, tetapi lebih baik menunggu untuk memastikan apakah yang berlaku. Sekiranya pakej bantuan itu diterima pakai pada sidang kemuncak (iaitu, ia dipersetujui oleh semua 27 negara anggota EU), euro mungkin meneruskan pergerakan menaik. Sekiranya tiada hasil positif, maka euro mungkin mula jatuh. Walau apa pun, kini para pedagang disarankan untuk berhati-hati, kerana pasaran berayun dari sisi ke sisi, dan pedagang tidak dapat memahami dengan jelas cara pergerakan harga. Kami mengingatkan kepada anda bahawa faktor yang sama kuat di mana dapat mencegah pedagang membeli dolar AS (menjual pasangan EUR / USD) adalah wabak coronavirus di Amerika, yang bukan hanya tidak mereda, tetapi juga semakin meningkat. Kegagalan dalam mengambil sebarang tindakan oleh Rumah Putih mengecewakan pasaran pertukaran asing, kerana nampaknya bagi Presiden AS Donald Trump, kehidupan dan kesihatan orang Amerika tidak begitu penting, tetapi hanya ekonomi dalam usaha untuk dipilih semula sebagai presiden penggal kedua pada bulan November. Dan laporan ekonomi untuk hari ini secara umumnya tidak disenaraikan dalam kalendar berita. Secara umum, keadaannya masih tidak jelas.

Analisis teknikal masih memberi amaran bahawa pasangan mungkin mula jatuh. Satu-satunya masalah ialah pada akhirnya, pertumbuhan tidak berterusan, dan kejatuhan tidak bermula. Pasar nampaknya berada dalam mod siap sedia. Oleh itu, peniaga baru juga perlu menunggu sebentar untuk keadaan yang lebih baik. Pada masa yang sama, kita harus menganalisis dengan jelas bagaimana pasaran akan bertindak balas terhadap hasil sidang kemuncak EU. Senario berikut mungkin berlaku pada 21 Julai:

1) Pembelian euro adalah mungkin, tetapi senario ini pasti memerlukan berita bahawa dana pemulihan ekonomi EU setelah wabak itu telah persetujui. Sekiranya maklumat tersebut diterima di media, maka kita boleh menjangkakan euro akan berkembang semula. Tetapi untuk melaksanakan situasi tersebut sekali lagi, sekurang-kurangnya anda harus mengatasi garis rintangan merah. Dalam kes ini, perdagangan akan dibuka - kami mencadangkan menetapkan Take Profit (TP) mengikut volatiliti, iaitu 50-60 mata lebih tinggi daripada pembukaan transaksi.

2) Oleh kerana pasangan ini secara terus berdagang di bawah tahap 1.1442, penjualan masih lebih cenderung untuk masa kini dengan sasaran 1.1371 dan 1.1325. Kami mempunyai isyarat penjualan baru dalam bentuk pemulihan dari tahap 1.1442. Kebarangkalian kejatuhan euro akan meningkat sekiranya hasil positif tidak dicapai di sidang kemuncak itu.

Ucapan dan laporan penting (selalu terkandung dalam kalendar berita) dapat mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh demikian, semasa penerbitannnya, adalah disarankan untuk melakukan perdagangan dengan hati-hati mungkin atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang ketara terhadap pergerakan sebelumnya.

Pedagang baru di pasaran forex seharusnya mengingati bahawa setiap perdagangan tidak boleh membawa kepada keuntungan. Pengembangan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan perdagangan dalam jangka masa yang panjang.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...