Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Cadangan perdagangan ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD dan USD/CAD pada 21/07/2020

parent
Analisis Forex:::2020-07-21T07:07:02

Cadangan perdagangan ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD dan USD/CAD pada 21/07/2020

Cadangan perdagangan ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD dan USD/CAD pada 21/07/2020

Pasangan mata wang EUR/USD terus diniagakan tidak menentu sekitar kawasan rintangan 1.1440/1.1460, di mana pelaku pasaran berusaha untuk mengekalkan arah menaik, tetapi tekanan di kawasan yang ditetapkan sangat tinggi, yang menyebabkan pengurangan automatik dalam pesanan membeli. Dari sudut analisis teknikal, fenomena ini disebut "asas biasa", di mana pelaku pasaran, melihat koordinat harga yang kuat dengan banyak pengesahan, memperbaiki kedudukan perdagangan mereka, yang menyebabkan penurunan dan diikuti dengan lantunan harga yang berlawanan. Dalam kes ini, interaksi harga dengan kawasan 1.1440/1.1460 telah berlangsung selama hampir seminggu, dan mengandaikan sentuhan sejarah kawasan ini yang telah disahkan sebelumnya, ia boleh dianggap sebagai tahap rintangan yang kuat.

Berdasarkan perkara di atas, kita dapat merumuskan cadangan perdagangan, di mana sekiranya harga melantun dari kawasan 1.1440/1.1460 dan menyatukan di bawah 1.1400, ia akan membuka jalan untuk pasangan mata wang ini mensasarkan ke arah 1.1370 - 1.1350 - 1.1300.

Senario alternatif akan dipertimbangkan sekiranya kawasan 1.1440/1.1460 ditembusi dan sebut harga berjaya mengukuh di atas 1.1470 dengan prospek pergerakan ke tahap 1.1495.Cadangan perdagangan ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD dan USD/CAD pada 21/07/2020

Pasangan mata wang GBP/USD, yang menunjukkan peningkatan dalam kecenderungan aliran menaik, berjaya mencapai tahap tinggi 16 Jun dan 9 Julai pada 1.2660/1.2690, di mana, secara neutralnya akan terdapat Stop diikuti dengan pemulihan harga. Kenaikan harga yang begitu pesat dalam jangka waktu pendek menunjukkan lebihan belian (overbought) tempatan terhadap pound sterling, di mana, bersama dengan kawasan rintangan 1.2660/1.2690, pelaku pasaran dapat menerima isyarat kemasukan pesanan menjual, yang akan menyebabkan pergerakan pembetulan pada tahap 1.2620 - 1.2585.

Untuk meminimumkan risiko, adalah disarankan kepada para pedagang untuk mempertimbangkan pesanan menjual di bawah 1.2650, ke arah 1.2620 - 1.2585.

Senario alternatif akan diaktifkan jika harga mengukuh di atas tahap 1.2700, yang akan menunjukkan penembusan harga pada tahap rintangan 1.2660/1.2690 dan menolak sebut harga ke tahap seterusnya pada 1.2770.

Cadangan perdagangan ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD dan USD/CAD pada 21/07/2020

Untuk pasangan mata wang USD/CAD, dapat diperhatikan bahawa harga masih berjaya menembusi sempadan bawahnya setelah tidak bergerak selama 36 jam pada akhir minggu lalu, yang menyebabkan pergerakan mendadak dan penurunan harga ke tahap sokongan 1.3490/1.3515. Berdasarkan kepada prinsip lantunan harga, dapat dirumuskan bahawa sekiranya berlaku penurunan sekitar kawasan sokongan dan penyatuan harga di atas 1.3520, harga berpotensi untuk diterbalikan ke arah 1.3540 - 1.3560.

Senario alternatif akan dipertimbangkan sekiranya berlaku penembusan harga pada tahap sokongan 1.3500/1.3515 dan pengukuhan harga di bawah 1.3490, yang kemudiannya berpotensi untuk menyebabkan pergerakan menurun yang lebih jauh ke arah 1.3450 - 1.3400.

Cadangan perdagangan ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, GBP/USD dan USD/CAD pada 21/07/2020

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...