_source!.png)
Emas sedang menghampiri had atas saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.697 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan memulakan saluran kenaikkan harga yang pantas.
Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band yang telah banyak mengukuh untuk beberapa hari kebelakangan ini menunjukkan penurunan dalam volatiliti dan kesegeraan pergerakan pantas.
Emas menghampiri had atas pada saluran, kami mencadangkan 2 senario. Yang pertama adalah hipotesis penurunan di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.697 dengan objektif 1 pada tahap 1.687 dan kemudian di tahap 1.684. Penembusan di tahap 1.700 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan di mana kami menasihati agar "buy stop" yang bermaksud beli emas dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan pada 1.697 dengan objektif 1 pada tahap 1.707 dan kemudian di tahap 1.709. Penembusan di tahap 1.694 akan membatalkan senario ini.