Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Pasangan mata wang GBPUSD dan kesinambungan corak baji

parent
Analisis Forex:::2022-01-12T07:49:28

Pasangan mata wang GBPUSD dan kesinambungan corak baji

Trend menaik pada pasangan mata wang GBPUSD telah berjaya mencapai semula tahap 1.36 dan tahap tinggi 1.3644. Secara teknikalnya, arah aliran jangka pendek kekal menaik apabila harga terus membuat corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, dalam catatan kami sebelum ini, kami memberikan amaran bahawa pembalikan harga akan berlaku kerana harga didagangkan pada kawasan rintangan utama.

Pasangan mata wang GBPUSD dan kesinambungan corak baji

Garis hitam - Anjakan semula Fibonacci

Garis biru - kesinambungan corak baji

Pasangan mata ang GBPUSD telah melantun dengan kuat seperti yang dijangkakan daripada Anjakan semula Fibonacci 38% dan tahap sokongan pada 1.3165. Harga kini menghampiri sempadan baji menaik. Pada tahap 1.3689, kami mendapati bahawa Anjakan semula Fibonacci 78.6% pada penurunan harga dari 1.3832 kepada 1.3167. Pada 1.37, kami mendapati Anjakan semula Fibonacci 50% pada penurunan dari tahap 1.4247. Kesimpulannya, terdapat sekumpulan tahap Fibonacci utama di sekitar kawasan ini. Walau bagaimanapun, pada carta harian, masih lagi belum terdapat pengesahan pembalikan harga.

Pasangan mata wang GBPUSD dan kesinambungan corak baji

Garis biru - kesinambungan corak baji

Garis merah - garis arah aliran sokongan

Garis kuning- RSI divergence menurun

Seperti yang kami nyatakan di atas, arah aliran menaik dalam jangka masa terdekat kerana harga dilihat terus membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi (HH) dan corak harga rendah yang lebih tinggi (HL). Walau bagaimanapun RSI dalam carta 4 jam memberikan kita isyarat bahawa amaran penting yang tidak boleh diabaikan. RSI telah membentuk corak harga tinggi yang lebih rendah untuk beberapa waktu sekarang, meningkatkan peluang untuk pembalikan harga. Ini akan disahkan apabila harga menembusi di bawah garis arah aliran sokongan condong menaik merah. Pengesahan ini akan datang jika harga menembusi di bawah tahap 1.3580. Walaupun arah aliran kekal menaik, saya menjangkakan pembalikan harga akan dilihat tidak lama lagi. Saya percaya potensi pertumbuhan harga adalah terhad.



Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...