Harga emas akhirnya menembusi di atas paras $1,830 dan memberikan kami isyarat untuk kenaikkan harga. Harga emas cenderung untuk meneruskan pergerakan ke tahap yang lebih tinggi ke arah $1,860 di mana ia adalah selari dengan rintangan garis arah aliran jangka panjang utama. Harga emas masih terperangkap di dalam corak segitiga.
Segi empat tepat merah- rintangan (telah ditembusi)
Garis hijau -sokongan
Garis merah- rintangan
Meskipun harga emas telah ditolak sebanyak tiga kali pada paras $1,830, ia dilihat berjaya membentuk corak harga rendah yang lebih tinggi dan mengumpul kekuatan untuk penembusan harga. Emas dijangka akan bergerak lebih tinggi ke arah garis arah aliran rintangan merah. Ini adalah ujian besar kami yang seterusnya. Harga emas membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi dan lebih rendah sejak 15 Disember apabila ia jatuh ke arah paras $1,752. Jika Emas menembusi di atas garis arah aliran rintangan merah dan melebihi paras tinggi sebelumnya iaitu $1,876, maka akan terdapat peningkatan peluang untuk emas mencapai sekurang-kurangnya ke paras tinggi $1,940.